Wednesday, April 18

Lutut buat hal lagi...

Entry kali nih nak story pasal lutut aku.

Memang lutut kiri aku ni pernah injured waktu aku cuba cuba menari ala ala pro dancer 14 tahun dulu.
Konon konon nak tunjuk ajar adik adik, tup tup aku yang terbungkang jatuh cam nangka busuk..hahaha
padan muka aku.

Start dari saat itu, aku dah macam "kehilangan" fungsi lutut. Berlari tak boleh, melompat apatah lagi.

dan saat ini aku menderita sakit lutut yang amat. berdenyut denyut..hari ni berdiri pun kena berpapah.
ini semua kerana kerja aku yang semakin hari semakin membebankan.

Dah pergi klinik, doctor kuarkan recommend letter to refer hospital for minor surgery..

belum buat keputusan, nak pergi hospital mana.

Seharian aku berehat di rumah..
tetiba rasa syok plak..tak perlu ke pejabat...
terpikir untuk resign.
tapi berbaloi ke kalau aku resign..?
cukup ke duit en Hubby nak menampung selera aku yang macam gajah ni..? hehehe
takpe aku sendiri cakap diri aku.. bukan orang lain..

Apa pun keputusan, aku harapkan yang terbaik untuk aku n famili..


No comments: