Showing posts with label jiwang mode. Show all posts
Showing posts with label jiwang mode. Show all posts

Thursday, May 24

Adakah terlalu besar harapan ini?

Aku punya hati yang kecil.

Aku punya jiwa yang halus.

Aku punya angan yang indah.

Aku punya impian yang tinggi.

Aku juga punya harapan yang besar.


Harapanku di hari istimewa ku ini, cuma ingin mendengar ungkapan indah itu darimu.

Cuma sebaris kata..

"Selamat menyambut hari ulang tahun."


Apakah terlalu besar harapanku ini?

Sehingga tiada satu pun ucapan lahir dari bibirmu.


Sungguh hatiku terguris...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 23

insyaAllah... esok genap tahun yang ke-34

Alhamdulillah
Diberi peluang oleh  Allah untuk aku bernafas sehingga saat ini.
Doa semoga dipanjangkan usia ini dalam ketaqwaan dan keimanan.
Semoga dimurahkan rezeki dan diberkati.
Amin.....







rosunacericeriasentiasa

Thursday, April 19

Saturday, March 31

Nasihat kepada yang merindui..

1) Jangan biarkan diri anda sendirian.. Kerana syaitan mudah masuk ke dalam hati orang yang menyendiri.

2) Jangan berfikiran negative.. Kerana aura negative mudah menarik perasaan sayu ke dalam hati.

3) Pastikan anda mempunyai sekurang kurang 1 orang untuk meluahkan..kerana luahan akan melegakan kesunyian anda.

4) Sentiasa ingat nasib orang yang lagi malang dari kita..kerana mengingati mereka membuatkan kita sedar betapa nasib kita lebih baik.

5) Pastikan anda cari si 'Buah Hati'

Tak salah untuk kita merindui, tapi jangan sampai rosak diri sendiri...

Ini berdasarkan pengalaman aku., hidup sendiri jauh dari tanah tumpah darah, segala rindu aku luahkan berjam2 dgn kawan baik.

Jika aku biarkan sendiri, aku akan jadi tak tentu arah.

Aku tak boleh hidup sendiri...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, March 25

Pesanan buat mama.

Pagi ahad nan indah,
Terselit satu nota kecil di daun pintu bilik tidur.
 Nota dari puteri kesayangan,
Ringkas namun mendalam maksudnya...




Thursday, March 15

syahdu...

Tersentuh bila tonton cerita "selagi masih ada" di astro chanel 131

Betapa besar kasih sayang seorang suami kepada isteri yang mengidap alzheimer...

Walaupun isterinya sedikit demi sedikit hilang ingatan, harith terus berada disisi...


-jiwang mode-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 17

Ketika rindu ini bertamu...

Rindu pada permata hati yang satu....
Tak puas rasanya tak dapat peluk badannya yang gempal itu...
mencium pipinya yang gebu... dia lah Bunga Matahriku...






Dah lama dia minta untuk tinggal di rumah mak nani nya...bermanja dengan baby Dibah..
katanya dia sunyi and bosan sendirian di rumah...


Kesian anakku Nur Ain Fatihah.... sudah mengenal erti sunyi  dan bosan..
Selalu aku ingatkan Ain bahawa dia bukannya tidak beruntung.. menjadi anak tunggal adalah
sesuatu yang paling indah... yang paling penting dialah satu satunya permata ayahanda bonda....


Semoga setiap apa yang dihajati oleh anakku dimakbul Tuhan.. Sentiasa dilindungi Allah dari 
mara bahaya , dijauhi dari mala petaka dan dihindari dari melalukan perkara buruk yang
boleh megaibkan keluarga...


Dan aku yakin Ain akan menjadi anak terbaik buat aku dan suami..
Amin...