Sunday, October 2

kuew teow kungfu

Semenjak 2 menjak ni,asyik nk makan kuew teow kungfu je..dan ari ni nk try masak sendiri di rumah.apa rasanya..tunggu la..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, July 20

Selamat malam semua...

Dah lam tak menjenguk sendiri nyer blog...
dah berlapok... baca lik kisah2 lama yang aku sendiri lupa bila aku catat di sini....
refresh kenangan  kenangan.. tersenyum seketika....
Alhamdulillah dengan segala kebahagian dan kegembiraan yang ku terima..
Dan sering menyesali akan dosa dosa yang masih sering dilakukan..


Dalam kenikmatan hidup yang penuh barakah, sesekali aku masih melupakan Penciptanya...
Lantas terus aku beristifar dalam dalam agar dosa diampunkan.


Sempat melayari blog adik2..Masih aktif deme ni menulis..
Dan teringin untuk sampaikan sesuatu kepada mereka jika terlintas mereka melayari tulisan tulisan aku yang sememangnya tidak bemadah puisi ini...


Cuma untuk renungan:

Buat adikku AtiKah AhMaD :


Jangan selalu mengeluh jika terasa diri tidak mampu melakukan..
Sebaliknya sentiasa muhasabah diri... Mungkin ada sesuatu yang tersirat di sebaliknya..
Ingatlah wahai adikku, setiap apa yang berlaku pasti ada sebabnya.. cuma kita harus pandai menilai juga pandai merebut peluang 2 yang ada juga yang bakal tiba..
Doaku buatmu..Semoga cahaya kejayaan bakal kau genggam. dan genggamlah ia seeratnya agar tidak lagi terlepas setelah berbagai pengorbanan yang terpaksa kau tempuhi..Dan ketahui lah olehmu aku sentiasa di sisi mendoakan dari kejauhan...




Buat adikku NaJiHaH AhMaD:


Sedih setiap kali membaca keluhanmu adik... Janganlah sentiasa mengharap kasih orang... harapkanlah kasih Ilahi kerana kasih manusia membawa kecewa tetapi kasihNYA Ilahi membawa ke syurga..
InsyaAllah.. tak perlu merasa diri tidak berharga kerana mungkin mereka menghargaimu dalam diam. Dan bila tiba waktunya akan muncul kebahagian yang dicari... bersabar lah... sesungguhnya Allah tidak memudaratkan apa yang ada di langit dan bumi dan Allah juga lah yang maha mengetahui...
InsyaAllah akan dipertemukan jua adikku dengan pencinta sejati..Percaya lah.. Dan ketahui lah olehmu aku sentiasa di sisi mendoakan dari kejauhan...




Buat Adikku ANiZa AhMaD:


Adikku ini tersangat istimewa.. Mungkin kerana kamu yang paling bongsu, paling manja dan mungkin paling kurang kasih sayang dari mak dan daddy. Tapi ketahuilah dik, kamulah yang mereka paling sayangi. Sejak kecil semua keinginmu mereka penuhi dan tanpa kusedari aku juga akan cuba penuhi segala permintaanmu.. Tetapi sedikit terkilan kenapa kebelakangan ini adikku ini seperti menjauhi diri dari aku dan keluargaku..
Mungkin dalam diam hatimu terguris dengan tingkahku.. Jika betul sangkaan, aku mohon kemaafan darimu dik..dan mungkin hati ini yang sedikit keliru...
Adik, ku tahu kamu banyak menyimpan perasan.. suka duka sedih gembira..dalam sedih kamu cuba bergembira..tabah lah adikku. Pesananku, ada perasaan yang sememangnya perlu dipendam dan ada yang perlu diluah.. Cuma diri sendiri harus pandai menilai dengan bijak..   Dan ketahui lah olehmu aku sentiasa di sisi mendoakan dari kejauhan...






Catatan ku ini hanya sebagai renungan kepada adik adikku juga untuk diriku dan orang disekelilingku...
Sering aku ingat dalam hati, disebalik ujian tuhan itu , jika mampu kita hadapi insyaAllah ganjaran hebat yang bakal kita perolehi.. Kebahagian itu kadang kala datang tanpa di duga...

Thursday, March 17

Ketika rindu ini bertamu...

Rindu pada permata hati yang satu....
Tak puas rasanya tak dapat peluk badannya yang gempal itu...
mencium pipinya yang gebu... dia lah Bunga Matahriku...






Dah lama dia minta untuk tinggal di rumah mak nani nya...bermanja dengan baby Dibah..
katanya dia sunyi and bosan sendirian di rumah...


Kesian anakku Nur Ain Fatihah.... sudah mengenal erti sunyi  dan bosan..
Selalu aku ingatkan Ain bahawa dia bukannya tidak beruntung.. menjadi anak tunggal adalah
sesuatu yang paling indah... yang paling penting dialah satu satunya permata ayahanda bonda....


Semoga setiap apa yang dihajati oleh anakku dimakbul Tuhan.. Sentiasa dilindungi Allah dari 
mara bahaya , dijauhi dari mala petaka dan dihindari dari melalukan perkara buruk yang
boleh megaibkan keluarga...


Dan aku yakin Ain akan menjadi anak terbaik buat aku dan suami..
Amin...

Friday, March 11

kembali lagi...

Aku kembali lagi setelah lama menyepi....
ntah kenapa malam ni terasa ingin mencoret sesuatu di sini...
berkongsi perasaan di hati...


Sejak kebelakangan ini,.ada aje masalah melanda tempat kerja..
semua gara gara mulut longkang yang tak renti2 mengeluarkan serdak 2 busuknya...yang menyusahkan kepala otak aku....huish....geram yang amat...


Hari hari ada aje perkara perkara buruk yang dipersoalkan mereka... mula mula tuh rajin lah nak melayannya tetapi lama kelamaan aku jadi bosan dengan semua rungutan yang takde asasnya...


cuba buat tak tahu, ignore aje komplen2 mereka.... tapi aku sentiasa di tekan untuk menyelesaikan masalah yang tak sepatutnya aku campuri....


BeNCi....!!! ToLoNG La.. ApA YanG NaK aKu BuaT LaGi....