Friday, April 27

treatment..

@ Kpj selangor
appoitment with  Dr.Jamal Azmi Mohamad from Orthopaedic clinic
First datang, sedikit nerbes...
Calling no 2209 room no A2.
Waiting from10:15am

.....sambung mencoret,
Check dengan doctor selesai @11:50am
Result: bhgn dalam lutut injured & rawan maybe pecah
Next, ke bilik x-ray 3 posisi di x-ray. Kaki tegak, kaki sisi dan kepala lutut.
So tengah tunggu x-ray film siap..

......Next step terus ke bhgn rehabiliti. Buat fisioterapi.
Ultra sound and hot pack. Tak boleh tahan bila kena ultrasound.
sakit siut...ujian...

Then pegi amik ubat  @ farmasi...
dapat 2 jenis ubat..
1- arcoxia. (Pain killer)
2-Adaxil    (Baiki or tambah rawan yang rosak)

Check the bill, rabak kocek membayornya...
total RM 623.00
hah... pergi lagi KPJ ..

next appoitment for fisioterapi on 30th April...

so nanti saya update lagi dlm entry seterusnya....

Naik pangkat..

Penting ke naik pangkat?
Aku rasa lagi penting naik gaji.
Tapi kalau tak naik pangkat camana nak naik gaji kan??
Berbaloi ke kalau naik pangkat tapi gaji naik ciput?
Bebanan kerja bertambah, tanggungjawab juga bertambah..
Berganda ganda tapi gaji up lebih skit dr org yang tak naik apa apa..

Tapi aku redha..redha kah aku..
moga keimanan menjadi lebih tinggi

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, April 21

lagi lagi buat hal

@Azmira2 auto service

Problem: Bunyi ngook ngeek bila pusing stering + berdengung waktu bawak laju
Result ; wheel bearing sudah hampir hancur..
            check punya check drive shaft sudah makan dalam...
           + brake disc yang juga sudah nipis..
semua mesti di ganti baru...koyak lagi poket en suami..



Then satu lagi problem, stering auto lock bila langgar lopak air..
sangat bahaya...
ini berpunca dari aircond belt pulley yang sudah gelong..
Just for info, aircond belt and power sterring pump is related.
so, aircond belt pun kena tukar sekali...

tapi untuk keselamatan pemandu dan semua penumpang a.k.a kami la,
kena repair la segala kerosakan.
nasib baik kerosakan pada peringkat awal, banyak lagi dapat diselamatkan...





Thursday, April 19

Wednesday, April 18

Gambar gambar percutian yang lepas

1. Percutian di pantai balok.
Menginap di Balok Sea View..





Syok giler mandi kolam..
kolam anda kami punyaaa..

Bebudak lagi la..sampai ditarik baru nak naik..

Nanti kita datang lagi ye.












bergambar bersama anak anak dara.
Best gambar ni semua tengah happii..
















Sekali sekala berposing maut dengan en. suami...








2.Cuti cuti di Sungkai hotspring..

Menginap @ Maya homestay










Cheewah.....pasangan ni pun berposing maut nampaknya....













Our big family










Gambar di hotspring tak sempat snap..
ni aje gambar yang ada.menunggu kanak kanak berendam.




3.Bercuti lagi bersama famili ke Gambang Water World
cantik permandangan

2 orang budak sedang meluncur












Bertuah percutian kali ni, disertai oleh ecah n mamanya...


Lutut buat hal lagi...

Entry kali nih nak story pasal lutut aku.

Memang lutut kiri aku ni pernah injured waktu aku cuba cuba menari ala ala pro dancer 14 tahun dulu.
Konon konon nak tunjuk ajar adik adik, tup tup aku yang terbungkang jatuh cam nangka busuk..hahaha
padan muka aku.

Start dari saat itu, aku dah macam "kehilangan" fungsi lutut. Berlari tak boleh, melompat apatah lagi.

dan saat ini aku menderita sakit lutut yang amat. berdenyut denyut..hari ni berdiri pun kena berpapah.
ini semua kerana kerja aku yang semakin hari semakin membebankan.

Dah pergi klinik, doctor kuarkan recommend letter to refer hospital for minor surgery..

belum buat keputusan, nak pergi hospital mana.

Seharian aku berehat di rumah..
tetiba rasa syok plak..tak perlu ke pejabat...
terpikir untuk resign.
tapi berbaloi ke kalau aku resign..?
cukup ke duit en Hubby nak menampung selera aku yang macam gajah ni..? hehehe
takpe aku sendiri cakap diri aku.. bukan orang lain..

Apa pun keputusan, aku harapkan yang terbaik untuk aku n famili..


Saturday, April 14

April oh April...

April datang lagi...,

Setiap tahun kedatangan april aku nantikan
Pada bulan ni ada beberapa peristiwa yang bakal aku raikan.
Meraikan harijadi puteri tercinta 7 april,
Dan yang lagi surprise, berdebar untuk meraikan TANGGA GAJI BARU.....

Agaknya, tahun ni berapa kenaikan yang bakal diperolehi..?
Berdoa moga sentiasa dimurahkan rezeki...

Dan April yang berlalu sekarang boleh dikatakan bulan yang penuh tekanan. Tekanan tahap gaban di tempat kerja.
Sana tensen sini tensen, masing masing muka dah jadi hitam.
Hilang segala senyum manis, yang ada cuma suara suara kasar dan merengus..
Termasuk aku, pantang jumpa kesalahan yang dilakukan, cepat aje nak melenting,,
Dulu boleh sentiasa berjenaka, bulan ini semua dahi berkerut memikir masalah yang tiada siapa pun puncanya.

Sampai bila situasi ini akan berterusan,,?
Harapan di bulan May akan bertambah mudah urusan...
Boleh aku apply CuTi PaNJaNG.....,!

Sunday, April 8