Tuesday, July 16

Syukran ya Allah

Entry kali ni nak cerita pasal semalam..15 julai 2013
Kisah si suami yang perihatin la kiranya.
Pagi sebelum en Suami pergi kerja aku mengadu sakit kepala. Terus berbaring di sofa. Tangan suami pun aku salam sambil baring. Biasanya akan hantar dan melambai suami sampai gate. Tapi kerana dek kepala yang sakit, aku tak larat.
Kemudian dengarlah kereta viva comel suami bergerak keluar. Sementara menunggu si anak habis mandi, aku melelapkan mata barang seminit dua. Tersedar apabila terdengar grill pintu seperti dibuka dari luar. Berdebar juga terus aku bangun menjenguk, tup tup terjongol muka Suami di pintu. La apa hal lak pusing balik ni?
Tak sedap hati meninggalkan isteri tengah sakit katanya...
O ok. Alhamdulillah ya Allah, dikurniakan suami yang penyayang..
So pagi ni, selamat dari kena drive ke sekolah anak. Semua suami take over tugas.
Ingatkan lepas saja suami anta anak terus dia ke tempat kerja rupanya dia patah balik ke rumah. Bila disuruh pegi kerja katanya biar dia teman aku sampai pening aku reda. Sukanya❤
Di fikiran terbayanglah dia nak picit picit kasi hilangkan sakit ni. Rupanya dia terus baring kat karpet tepi sofa ni and terus mem'buta' tido dengan begitu lenanya. 'Zzz..'
Sehingga kul 9:30 pagi sampai jenuh lak aku menggerakkan untuk suruh pegi kerja.
Bila aku bagitau aku dah tak pening sangat baru la dia bangun, basuh muka dan keluar.. 
So, kesimpulannya apa ye... Menyelam sambil minum air...? Apa apa pun, terima kasih abang❤