Thursday, November 24

Menangis hati kecil ini

 Terusik juga hati ini. Walau mama pasrah dengan keputusan kamu anak, tapi jauh disudut hati mama ada rasa kecewa.
 Memang dah boleh agak keputusannya sebegini tapi tetap terkilan. Sebab dahulunya anak mama seorang yang terserlah kepandaiannya sejak dari tadika. 
 Tapi kenapa prestasi pembelajarannya menurun dengan drastik sekali? Masih tertanya tanya. Memang selalu aku memarahinya kerana cuai dalam pelajaran.. Apakah disebabkan aku dan suami sering memberi tekanan padanya menjadikan dia seorang anak yang keras hatinya?

Ya Allah.. jika semua ini berpunca dari kami, kami mohon ampun kerana tidak menjaga amanahMu dengan sempurna.




Tuesday, November 8

Happy Birthday Ahmad Aayan Faheem

 Ahmad Aayan dah setahun. Sambut birthday putera kami ni Gold Coast Melaka.
Lagipun dah lama tak keluar bercuti.


Syok main air sampai kecut kaki tangan. Kakak apalagi tak ingat dunia. Tapi tak tersnap lak gambar kakak turun slide.

 Sempat ber'photoshoot' kat pantai klebang. Ok gak la scene kat situ..







Cepat betul Aayan membesar. Dah tak baby lagi. Dah jadi abang2. Doa mama semoga anak2 mama menjadi anak berguna dunia akhirat. Amin..