Wednesday, February 22

Pengalaman kali ke3

Melalui sekali lagi pengalaman berada di dewan bedah. Dengan bius separuh badan, menikmati dan mensyukuri sepenuhnya nikmat Allah atas kelahiran baby kami yang ke-3.

Dari proses bius sehingga keluarnya baby aku seperti tidak percaya. 

    Lahir ke dunia 31/01/2017 @8:10am

Semuanya berlaku sepantas kilat. Tup tup selesai. Dan kini putera bongsu yang kami gelarkan Fayyadh dah berusia 10 hari.

            Fayyadh hari pertama


    Nampak tembam.. berat lahir 3.49kg


Baby Fayyadh lahir di minggu ke-37 kandungan. Terpaksa melalui emergency lscs kerana mama dah ada contraction. Sepatutnya mama dijadualkan dioperate 6 Feb.
Tapi baby nak keluar awal. Serah diri di Hosp Sg Buluh. Mula mula doktor kata masih awal. Tiba tiba contraction makin kuat terus mama kena hantar OT sebab mama tak boleh meneran dikhuatiri akan memudharatkan rahim.
 Walaupun kali ke3 tapi debaran masih mama rasa. Alhamdulillah Allah permudahkan segala.