Friday, April 24

Pening belum reda

Minggu ni dah masuk minggu ke13 pregnant. Morning sickness? Ada tetap ada tapi tak teruk mana. Muntah angin je. Cuma pening kepala makin menjadi jadi sekarang ni.. 

Mungkin effect ubat hipertensi kot. Terpaksa ambil  dopatab sebiji pagi sebiji malam sebab blood pressure tak boleh control. Jap tinggi jap rendah. Doktor risau risiko pre-eclampsia

Tambahan level kepenatan sekarang mmg teruk.  Baring, tidur, masak, makan, baring dan tidur. Itu aje aktiviti yang mampu dibuat.. Tapi nasib baik berat tak bertambah banyak. Cuma naik 1.5kg je.



Pil obimin pun dah start ambil sebulan lepas..

Syukur dengan nikmat yang Allah bagi ni.. Semoga kami dipelihara dari segala musibah..