Friday, November 29

Salam barakah di pagi Jumaat yang mulia.
Dah lama tak mengupdate blog.
Sibuk dengan rutin harian.

Pagi ni  terpanggil untuk berkongsi ilmu tentang 'Taubat'.

Semalam baru sahaja menghabiskan bacaan surah At-Taubah.
tersentuh hati membacanya maknanya.

Betapa azab siksaan orang orang yang ingkar suruhan Allah. yang tidak mempercayai kebenaran yang dibawa rasulNya. tak lain azab neraka yang sangat pedih.

Namun Allah maha penerima taubat hambanya. Allah maha pengasih lagi penyayang. Oleh itu sentiasa kita bertaubat atas segala perbuatan dosa kita yang kita sedar mahupun tidak.

Dan tiada siapa dapat menolong orang orang fasik.

'Engkau mintakanlah ampun untuk mereka atau tiada engkau mintakan. Jika engkau mintakan ampun untuk mereka 70 kali, niscaya Allah tiada juga akan memberi ampun bagi mereka. Demikian itu disebabkan mereka kafir kepada Allah dan rasul Nya. Allah tiada menunjuki kaum yang fasik.'(ayat 80)

dan google pasal surah at-taubat ni terjumpa kelebihan 2 ayat terakhir surah ini.
Ayat 128 dan ayat 129.
Jom kita kongsikan.. inshaAllah membawa rahmat kepada kita.


Ayat 128
“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”
Maksud ayat 128
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.


Ayat 129
“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”
Maksud ayat 129 Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.

Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah
- jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
- jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
- jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
- jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
- jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
- jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
- jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.

Sama sam kita amalkan untuk mencari redha Allah.
Sila share untuk dikongsi bersama rakan rakan tersyang yang lain.