Sunday, February 3

Peod oh peod

Feb 1, 10:15am
Hari ni pegi klinik Jamil. Jumpa dr. Fazila. Consult about my irregular period. Hati risau kenapa sudah delay 2 weeks. Upt test dah buat the result is NO.
Risau takut takut peod kuar waktu di tanah suci. Tanda tanda sudah ada, perut selalu cramp, breast berdenyut denyut.
Dr. Fazila sarankan ambil mercilon for 21 days non stop. Then bila ada brown spot keluar terus ambil pain killer for stop the bleeding.
Dan pesanannya usaha tetap usaha tapi doa jangan tinggal. Moga Allah mudahkan segalanya..
Terima kasih dr.

Sambungan...4:34pm
Tup tup selepas 2jam telan 1biji mercilon, period keluar mencurah curah..
Apakah semua ini. Berserah hanya pada Allah.. Sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Sambungan...
2-feb-2013 8:00pm(waktu kl)

Dalam flight dari kl - jeddah.
Dah lima jam perjalanan.
Jauhnya kota Mekah lagi 2830km.
Aku masih dalam hadas, sedih rasa hati tak dapat baca ayat suci sebelum berangkat tadi. Tapi satu kelonggaran untuk tak perlu bersesak di surau untuk solat jamak.

Masih ikut nasihat dr Fazila. Makan pain killer untuk stopkan peod, alhamdulillah seperti sudah berhenti.

3 feb, 6:30am waktu madinah
Baru tiba setelah 6 jam perjalanan dari Jeddah. Pagi ni alhamdulillah peod sudah kering. Segera mandi wajib. Alhamdulillah dapat menziarah makam nabi dan ke Raudah pagi ni.

Cerita perjalanan ke Kota Suci

2 feb 2013; 8:30pm waktu Jeddah, sampai di Jeddah airport. Terus menuju ke kaunter "pasport control"untuk pelepasan imigresen.
Segala urusan berjalan lancar ditambah dengan layanan mesra abang kaunter yang pandai berbahasa melayu.
Selesai urusan pasport terus ke tempat beg mencari bagasi kami.
Alhamdulillah semuanya kami lalui dengan mudah. Siap tolong guard kan mak n pak mertua nadzran n kak Lela yang baru kami kenali di KLIA ptg tadi.
Kemudian kami terus keluar di kaunter kastam dan menuju ke pintu keluar. Ketibaan kami disambut oleh mutawif2 yang sudah menunggu. Segera kami di bawa ke bas yang sudah ditetapkan nombornya. Bas kami bas no:1.

Jam 10:45pm kami menaiki bas setelah selesai solat jamak di surau berhampiran.
Kami antara jemaah paling awal berada dlm bas. Menunggu jemaah yang lain. Kali ni kami diuji..jemaah yang ditunggu tak sampai2.

Jam 12:10am bas masih belum bergerak. Masih ada jemaah yang belum lepas imigresen.

Ya Allah permudahkan lah urusan mereka..permudahkanlah urusan kami.