Sunday, June 13

update 13 Jun 2021

Masih dalam fasa PKP 3.0.. 
disambung lagi 2 minggu sehingga 28 Jun 21..
Mereput la lagi kami dirumah..
redha dan terus redha..












upload gambar2 raya musim pkp 2021...tahun 2020 pun raya pkp juga..😭😭


Ntah bila la covid ni akan berakhir...

Nak hidup bebas.. bertebaran di muka bumi Allah yang luas.. mengambil pelajaran dan pengajaran atas kejadian alam..

Nak keluar bertemu saudara mara jauh dekat.. mengeratkan silaturrahim...





rosunacericeriasentiasa

Monday, March 2

Lama sungguh dah tak mencoret.. rasa kekok pula..macamana nak mulakan pun tak tahu .

Hati terlalu rindu untuk menulis. Bercerita sesuatu, lebih kepada meluah..terlalu banyak yang nak diluah..

Dek kerana terlalu sibuk, sibuk dengan urusan sekolah anak2, urusan perihal rumah, urusan kewangan keluarga, kesihatan anak2, mak mertua dan diri sendiri langsung tiada kesempatan menjengah ke sini.

Pagi ni, setelah selesai membelek tanaman di kebunku nan sejengkal, baru ada masa.. dan elok pulak si Aafi pagi ni.. main sorang2 tak tak dipedulinya aku kat sini..




Aayan dah masuk sekolah. Taska Pasti Al-Helmi. taska tepi rumah ni saja.. Senang pagi2 jalan kaki hantar sambil2 boleh keluarkan peluh.

Dan kakak Ain dah di tingkatan 4. Sek Men Seri Kundang (Skuses). Hari2 kena jadi supir ambil kakak balik sekolah. Terpaksa hantar kakak sekolah jauh sikit dari rumah demi masa depan kakak yang lebih baik. Kakak tak dapat sambung ke kelas Sains di sekolah lama.. Jadi ambil inisiatif cari sekolah yang terima Nur Ain di kelas Sains.
Alhamdulillah Skuses boleh terima kakak berdasarkan keputusan pt3 kakak yang agak kurang baik tempoh hari.