Friday, May 24

Dugaan dan kejutan di pagi hari

Hari ni 24 May, harijadi aku yang ke 35.
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk terus bernafas dibumi Allah ini.

Pagi jam 2, merancang perjalanan ke Kuala Terengganu mengikuti rombongan pengantin adik ipar.

Mula mula perasan minyak kereta dah menyala. Aiseh semalam lupa nak isi minyak la pulak.
Ok masih boleh gerak min 60 km lagi

Then masukkan barang dan start enjin.
Alamak! Tak mau start lak. Relaks, jangan panik. Cuba lagi dan lagi. Masih tak boleh hidup. Terduduk sat nak jumper kereta lagi satu baru aje kena pinjam semalam. 

So ambil keputusan masuk semula kedalam rumah. Beristifar banyak banyak mintak pertolongan Allah.

Tiba tiba terdengar bunyi kereta kat luar. Ada orang walaupun pada pukul 2:30 pagi.

Jiran sebelah baru balik. Apalagi bergegas keluar minta pertolongan. Alhamdulillah dengan izin Allah berjaya menghidupkan kereta.

Sesungguhnya sentiasa bersangka baik pada Allah.

Lagi membuatkan hati berbunga bunga dapat lagi kejutan dari en Suami. Ucapan birthday disertai sebentuk buah rantai berbentuk double heart sebagai hadiah harijadi.

        "Hatimu sentiasa di dalam hatiku"

Terima kasih Abang. Always love you... πŸ’šπŸ’™πŸ’•

Thursday, May 16

Rutin harian

Entry kali ni sesaja nak cerita tentang rutin harian yang boleh kata 100% berubah.

Bangun 6 pagi, selesai solat subuh terus ke dapur menyediakan sarapan buat En Suami dan anak( walau sekadar secawan Milo kaw dan beberapa keping roti Gardenia)

Jam 7:15 siap dengan pakaian sukan complete with sport shoe keluar menghantar anak ke SRA.

7:30 pagi memulakan langkah 10000 tapak di Puteri Central Park @tempat jogging terindah di kawasan perumahan ni.(Biasanya tak pernah dapat 10000 tapak pun, cuma antara 5000 ~ 6000 tapak je)
Berjalan dan berlari lari anak. Mencukupkan sepuluh pusingan taman ni. 
Teringat ketika mengerjakan syaei di kota Mekah suatu masa dulu.

8:30 pagi balik rumah dan terus mandi. Mengambil kesempatan melaksanakan solat dhuha sebagai tanda kesyukuran.
Minta diperluaskan pintu rezeki buat kami sekeluarga.

9:00 pagi adalah waktu santai sambil mengikuti drama filipina. (Kebanyakan drama dah sampai ke episod puncakπŸ˜„)

11:00 pagi keluar sekali lagi ke SRA untuk mengambil Nur Ain pulang dari sekolah.

Sampai dirumah terus menyediakan lunch untuk puteri Ain. Selesai makan, menunggu ketibaan van sekolah untuk mengambil Ain ke sekolah kebangsaan.

12:05 tghari biasa van sampai dan sesudah itu adalah masa untuk KERJA!!
Men'update 'blog Niaailashoppe, ( http:// Niaailarosuna.blogspot.com ) menge'post' satu dua post di fb pages Niaailashoppe agar kedai online yang baru setahun jagung ni sentiasa diingati oleh setiap pelanggan di luar sana.

Pukul 2~ pukul 3 adalah time paling indah. Selesai solat zuhur, mencari bantal untuk melelapkan mata.

After 3 ptg, time untuk mengemas rumah, membasuh,menjemur, menyapu juga mengemop.
Biasa semua kerja rumah ni siap hampir jam 5 ptg.( banyak rupanya kerja rumah ni)

Selepas jam 5, after asar ke dapur la apalagi. Mencari apa apa yang boleh dikudap. Biasanya Milo panas cicah biskut Jacob.πŸ‘

Dan masuknya pukul 7 ke dapur lagi menyiapkan makan malam untuk semua.
Hampir hampir jam 8 baru siap dan terus bergegas mandi and solat Maghrib. Then time tuk mengaji bersama sama Ain sambil menanti waktu Isyak.

En Suami biasanya sampai umah kul 8:30 malam.
Dinner bersama sama dan sesudah perut kenyang tibalah masa menyemak kerja sekolah Nur Ain.

Sampai kul 11 juga kadang tuh. Banyak homework dan correction yang perlu dibuatnya.

Selepas jam 12 baru boleh masuk beradu. Nampak cam bz je kan senenarnya tak rasa bz pun. Penat pun takdelah penat. Enjoy dengan aktiviti harian yang baru ni.πŸ˜ƒ




Wednesday, May 15

Project terbaru

Sekarang dah start sikit sikit dengan biz online. Sesaja nak tambah πŸ’΅.
Produk yang dijual adalah tudung. Berangan nak jual macam macam tapi modal tak mencukupi serta belum boleh manage betul betul lagi.

So buat satu satu dulu.
Harap semua berjalan lancar. Moga dimurahkan rezeki kami dalam bidang ni.


Ni la nama kedai online kami. Niaailashoppe


Nama ni sempena nama anak kami. Ain. Diterbalikkan menjadi Nia. Unik kan..πŸ˜ƒdan aila tu pula biarlah menjadi rahsia kami.πŸ™Š

Tudung jenis kain lycra yang berkualiti tinggi menjadi pilihan Niaailashoppe.
Kainnya lembut tidak jarang dan tidak pula panas ketika dipakai.πŸ‘

Antara produk kami...

Tak pasal pasal promote anak jadi model. 
Ni la dia Ain.

Harapan biarlah biz yang baru nak berdiri ini akan succes menapak selangkah demi selangkah maju ke depan dan berkembang. In Syaa Allah...πŸ‘£


Friday, May 10

Our anniversary yang ke 10

Sedar tak sedar sudah 10 tahun kami bersatu. Membina mahligai bahgia.

Terima kasih en suami selama sepuluh tahun ini, sayangmu masih lagi seperti dulu malah lebih mendalam.

Bermacam macam dugaan kita lalui sepanjang tempoh ini. Dari bergurau mesra sehingga bertengkar manja, namun semua itu mematangkan kita.

Dan aku berdoa semoga Allah memanjang usia kita, juga memanjangkan jodoh kita sampai syurga.

Dan kali ini en Suami memberikan kejutan (walau tak berapa romantik) aku tetap bersyukur. Alhamdulillah aku dikurniakan seorang suami yang menyayangi aku dan anak sepenuh jiwanya.
Aku dihadiahkan sebentuk cincin sewaktu kami keluar makan berdua duaan.
Memang agak terkejut tak sangka dia mampu lakukan kejutan sebegitu.

Ya Allah, sesungguhnya aku amat bahagia...