Tuesday, October 19

PeRCuTiaN 3 HaRi 2 MaLaM Ke KuCHiNG, SaRaWaK

Kali ni destinasi kami ke Kuching, Sarawak bumi kenyalang...
7:30 pagi bertolak dari KL sentral menaiki KLIA transit menuju ke Salak Tinggi dan transit bus terus ke LCCT.
dalam transit ERL

beg2 sedia tuk dibawa

Tambang untuk transit ni RM 12.50 / adult and RM 6 /Children.
Complete set (tiket ERL + tiket bus)
Perjalanan menaiki ERL mengambil masa 40 min dan bas 20 min



mengelamun sendirian dalm bas


8:30 pagi arrived @ LCCT and  terus check-in and dropped our luggage..
        ......time to flight take off.......
time to fly....
merentasi awan tebal
masyaallah...cantiknya ciptaan tuhan




11:45am arrived in Kuching  
"kamek dah sampai Kuching"




then kami terus ke kaunter taxi dan charter taxi ke Somerset Gateway. tambang teksi RM30/Innova. Berbaloi...Pemanduan yang cukup berkhemah. cuma pemandunya kurang peramah..mungkin bahasa yang mereka gunakan tidak berapa kami fahami...

depan pintu hotel

Tiba di hotel, terus check-in. Mudah, cuma tunjukkan hotel voucher, dan terus boleh check-in..
dengan layanan yang baik dari hotel front staff..
menunggu time check-in

tak sabar nak tengok bilik..


Tak sabar kami nak ronda2 bandar Kuching....
2:00 pm tanpa mengira terik panas matahari kami berjalan kaki di sekeliling hotel...

Kuching Statue
 ternampak kucing statue.. terus berposing tak ingat dunia... ter'over' exited...


posing jangan tak posing

James Brooke Cafe

membelakangi astana
bersiar 2 di water front...terdapat banyak sampan sampan untuk dinaiki ke seberang. tambangnya semurah  30 sen sahaja. Juga terdapat Sarawak River Cruise..tapi tambangnya agak mahal RM 60 /person..dibawa selama 1 jam menyusuri sungai Sarawak..
malaya sampan

bangunan lama lagi antik..
Dek kerana tak tahan panas terik, akhirnya kami decided to rent car from Flexi Car Rental....
pilih punya pilihm,  Kancil jadi pilihan..
RM 100 / day...kami sewa untuk 2 hari.... baik punya car rental service. deliver kereta sampai hotel then return to airport...cukup senang... no extra charge...

1st Night :
kami berjalan jalan across the sarawak river..
sambil mencari cari tempat orang membuat kek lapis sarawak..
dapat juga kami tengok sendiri mereka buat kek lapis di ayatt...tapi sayang gambar yg kami snap tak menjadi laks..

kat sini kami borong 4,5 jenis kek lapis untuk dijadikan cenderahati bila pulang nanti...

dan saksikan gambar gambar kami dalam cuaca hujan renyai2...

betul2 depan magherita hotel


permandangan malam sepanjang water front

my village Baruk homestay

lagi2 post @ Baruk









2nd day:

Pagi ni kami bangun awal... seawal 7:30am kami dah siap2 untuk bersarapan. Buffet breakfast included in hotel package..

Then, kami memandu menghala ke Damai...menuju ke 'culture village'.

Di sini terdapat 9 rumah budaya sarawak..antaranya rumah iban,bidayuh, melayu, orang ulu, penan dll..
Yuran masuk RM 60/adult  & RM30 / childern. agak mahal tetapi boleh dikatakan berbaloi juga kerana banyak aktiviti yang dapat kami lakukan disini. Dan yang lagi best pekerja disini semua ramah2 belaka.

on the to santubong

sampai kami di Budaya village

melalui jambatan buluh untuk ke rumah bidayuh


di pintu depan rumah panjang iban

pengisar padi

seni anyaman

menyumpit time...

berehat sekejap di rumah melanau

berattnyaa...

kenangan ain bersama org2 ulu..


Kami juga sempat menyaksikan persembahan budaya yang dianjurkan oleh kampung budaya ni...

tarian iban
tarian kaum bidayuh....
Ain pun join naik pentas menari



Seronok.....  macam 2 pengalaman kami lalui di sini....dan untuk sesiapa yang ingin mendalami budaya sarawak memang elok berkunjung ke sini.



2nd Night :

Apalagi....bersantai sambil melihat keindahan bumi kuching dari atas bumbung hotel...sambil menemani anak bermain air... 
cantik permandangan malam di sini..

yang kecik ni x melepaskan peluang...




Makan malam kami malam ni adalah seafood di  "HOT SPOT" salah satu medan selera yang terkenal di Bandar Kuching ni..


menu dinner kami :



                              

                      1.   udang bakar,
                      2.   mangkuk tauhu,
                      3.   sotong deep fried
                      4.   umai....


  Harga tak semahal mana... RM 85 untuk 3 orang.. Service pun okey..cepat... tak perlu lama menunggu..