Tuesday, December 18

terjumpa koleksi video lama.. jom layannzzz






Monday, December 17

dalam delima

Smalam dah rasa diri ini teguh dengan keputusan yang dibuat setengah mati.
Tapi rupanya hati ini masih goyah.. Baru digoncang angin sepoi sepoi, sudah hampir rebah..

Aku mesti kuat. Tetapkan pendirian. Aku telah putuskan untuk memilih jalan ini.
Aku harus terus akan berada di jalan ini.
Ini ketentuan buatku..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, November 28

bertabah la wahai hati.

Besar dugaan hari ni..terpana seketika.
Termenung memikir untung nasib diri.
Menggeletar jeri jemari..bibir kaku untuk berkata kata.
Cuma hati, dan iman memainkan peranan..
"wahai hati, bertabah la.."
"wahai iman bertahan la.."

Kenapa nasib ku begini..bukan aku menolak takdir,jauh sekali aku melawan ketentuan Allah. Cuma mengenang qada dan qadarku.

Atas kesalahan apa,aku dihukum , untuk rahmat apa aku diuji sebegini..

Ya Allah, ampun dosa dosaku. Dosa lalu, dosa hari ini juga dosa pada masa akan datang.
Ya Allah kau ujilah aku dengan ujian yang mampu aku tanggungi. Jangan kau bebankan aku dengan beban yang tak mampu aku pikul.
Semoga ujian ini mampu mendekatkan diriku padamu.
Ya Allah, kau jauhiku dari sifat dengki dan riak. Kau mudahkan lah perjalanan hidupku.. Sesungguhnya aku mensyukuri nikmatMu.
Amin, ya rabbal alamin...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, November 26

waktu untuk berdua dua..

Smalam tinggalkan anak kesayangan permata hati di kampung suami bersama opahnya.
Memang tak dinafikan terasa sunyi menyentap sanubari.
Sepanjang perjalanan pulang terasa kosong.perjalanan yang singkat terasa panjang..
Tetapi bila dipikir dalam dalam ada baiknya juga. Baru sedar erti kasih sayang. Erti kehilangan..
Dan yang paling penting masa untuk berduaan dengan suami tercinta.
Masa untuk mengeratkan hubungan yang sudah tiba tempohnya untuk diberi angin segar.. Memang sepanjang perjalanan rumahtangga kami dilalui dengan penuh bahagia..gaduh pun gaduh gaduh manja..Tetapi sekali sekala memang perlu diberi nafas baru..agar hangatnya hubungan ini sentiasa dirasa..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, November 25

Kenduri kekeluargaan

Hari ni plan nak join famili belah suami hadiri kenduri perjumpaan kaum kerabat serta mencari salasilah keturunan.

Keturunan "Pandak Padang".

Suami dari susur galur Alang Musit..

Agenda diadakan di Surau lama Kg Parit Sedingka, Perak


Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, November 24

Jalan jalan ppj

Bawa mak n anak anak buah jalan jalan.

Lokasi: tempat favorite aeon rawang..


Order lain dapat lain..siap dapat extra lagi..


Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, November 10

Tidurnya my little princess

Entry saja saja...

Snap gambar princess tgh tido..

Wahai anak mama, semoga kamu membesar dengan sempurna..


Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, September 29

pengalaman baru..

Travel Rawang to Arau. Menaiki keretapi tanah melayu."Senandung Langkawi". Pengalaman pertama bersama en suami dan puteri kesayangan.

Seronok..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, August 20

aidilfitri 2012







Kali ni kami beraya di Ipoh, Perak.

Kami sampai sabtu tengahari..dan dijangka berada di kg sehingga raya ke-4.

Pagi raya, menjamu juadah lontong, lemang dan nasi himpit bersama kuah kacang.

Selesai sarapan,terus ke masjid menunaikan ibadah solat sunat aidilfitri.. Agak terlewat kali ni sampai di masjid kerana sibuk memasak, tapi alhdulillah masih sempat.

Pulang dari masjid, sesi photoshoot.



Menggunakan camera sony experia x10 yang dah hampir hampir aku lenyapkan ni, dapat la kami berposing sakan, terutama si nur ain. Kali ni nur ain tiada kawan cuma dia seorang kanak kanak di rumah ini.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, August 13

telekung online



Kecewa beli telekung online. Harga rm 126 + postage rm 6.

Tapi kualiti cam telekung murah. Dah tu koyak lak..

Betul betul kecewa.

Kepada penjualnya, sila check dulu telekung yang anda ingin jual ye..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, August 4

cuti cuti Morib

Actually b4 ramadhan ari tu kami pergi tapi lambat up date di sini.
Tetiba hari nih nak buka satu entry pasal Morib Gold Coast.
pandangan pintu masuk resort dari atas.


Best sangat pergi sana..Kami pergi satu family. Menginap di morib gold coast resort, 5 km dari pantai morib.
Kami gerak  agak lewat sebab review comment mereka yang dah sampai sini, hotel check in nya lembab skit. .kul 3 ptg ke atas.
So kami sampai lobby hotel ngam2 kul 3ptg. register ok. tapi nak q lak tunggu ambik kunci. lamanya..nasib baik taman tema airnya dah boleh masuk.. apalagi terus enjoy dalam air..
then 4:30 skip jap untuk ambik kunci..tapi bilik masih lom housekeeping.. bengang jugak dengan situasi masa tu...

bilik complete dalam kul 5:00 ptg.. baru lah dpt masuk n berbaring baring...
tapi oleh kerana condition biliknya yang amat cantik, segala rasa bengang waktu check in tadi hilang macam tu aje...


 room corridor di tingkat 5
ni yang paling syok...jacuzi..



so mari layan gambar gambar kami,...


Lepak lepak sebelum sampai resort.

kanak kanak riang ribena



amboiii berposing sakan ek...

sangat suka dengan pic ni..


alhamdulillah cuaca sangat sangat baik hari tu....

taman tema air di morib resort
 Jom layan aksi aksi mereka meluncur.....










ingat dah letih, rupanya nak sambung swimming la plak....






dan malam nya kami tak keluar ke mana mana. Dinner pun di hotel je.. pakej included dinner for 2.
Okey juga la menu malam tuh...budak budak puas hati...

masing 2 kelaparan setelah berendam dalam air
Then jalan jalan tepi pantai..bergambar depan "the Pier" cafe. Tempat shooting movie bini biniku gengster.


Esoknya... selepas check out, kami jalan jalan di pantai milik resort ni.... apa yang kami jumpa..? 
ATV ride...apalagi melompat kanak kanak ribena ni nak naik.... Terpaksa sewa Rm50 /20min. 
Gilir gilir naik..
I je yang dok tepi tk naik....

ni bapaknya yang lebih ni...





Seronok percutian kali nih...Yang penting anak anak paling seronok.
Sepanjang perjalanan balik, tak henti henti mereka bercerita...
Alhamdulillah.....




rosunacericeriasentiasa

Friday, August 3