Friday, November 6

Baby mama..


Alhamdulillah.. Dah selamat melahirkan 15 hari lepas.

Baby n mama selamat walaupun melalui detik detik mencemaskan di bilik bersalin.
Baby hampir lemas nasib pihak hospital segera bertindak dan mama dibius penuh untuk jalani pembedahan.

Sedar sedar selepas 3 jam dibedah, baru dipindah ke wad dan baru dapat berjumpa anak syurga mama.


Baby boy dengan berat 3.37kg, selamat dikeluarkan dari rahim mama jam 2:39petang jumaat 9 Muharram yang mulia.

Dengan berkat hari mulia baby mama diberi nama Ahmad Aayan Faheem. Nama Aayan yang membawa maksud anugerah Allah. 

"Ahmad Aayan Faheem....
Aayan : anugerah dari Allah.
Anugerah yg istimewa dariNya adalah wajar turun pada hari yg istimewa juga...Jumaat penghulu hari.
Disebalik tiap sesuatu ada hikmahnya. Maha Suci Tuhan yang Maha Halus perancangannya.
Bersangka baik kita padaNya dan bersyukur selalu." 
Mutiara kata dari en Asben disaat menanti jalan buka untuk kelahiran aayan.

Saat pertama kali menatap wajah aayan

               Aayan di hari ke2
   Senyuman yang menghilangkan segala  kesakitan mama

Monday, September 7

Membilang hari..

Semakin hampir nak sampai hari bersalin ni, semakin tak sabar pulak rasanya. Semakin teruja. Dah mula terbayang2 macamana saat tu tiba nanti.
Hati semakin berdebar. Sentiasa doa pada Allah agar segala urusan bersalin nanti dipermudahkan..


Senarai nama pun dah ada. Macam macam nama yang difikirkan. Tak tau yang final nanti apa. Dah tengok muka baby baru boleh decide..

Hai anak mama, tak sabar nak jumpa kamu..  Nak cium bau harum kamu, nak gomol pipi lembut kamu, nak peluk2 kamu..

Semoga semua baik baik belaka. 

Wednesday, September 2

preparation tuk Babу

Нαяι иι ∂ιвєяι кєℓαραиgαи ѕкιт. ∂αραтℓαн вαѕυн вαʝυ вαву уαиg ∂αн вєℓι ℓαѕт 2 ωєєкѕ.

Вιℓα ∂αн ℓιραт ∂αи ѕυѕυи вαяυ ѕє∂αя ммg вαиуαк вєℓι вαʝυ кαℓєя вιяυ.



∂αи ℓαѕт ωєєкєи∂ ѕ¢αи ρєяυт ℓαgι ѕєкαℓι ѕєвαв ρєяυт αѕуιк мєиgєяαѕ ʝє.
Αℓнαм∂υℓιℓℓαн ѕємυα σк. вαву ρυи ∂αн ѕιαρ ѕє∂ια кєραℓα ∂ιвαωαн.

∂αи уαиg ραℓιиg вєѕт вαву тυиʝυк 'вιя∂' ∂ια ∂єиgαи тєяαиg ѕєкαℓι..

∂я кαт кℓιиιк тυ ρυи ραи∂αι ρυʝυк. Ѕιαρ вσℓєн тєиgσк мυкα вαву ℓαgι. Мαтα вυкα, мυℓυт ¢αм вυкαк тgн мєиgαиgα.

ʝєℓαѕ иαмραк ριριиуα уαиg тємвαм ∂αи ∂я ¢αкαρ нι∂υиgиуα вєѕαя.. вєѕαя тαкρє ʝαиʝι ʝαиgαи кємвαиg.нιнι





Monday, August 24

Ρяσʝєк нαяι иι..



Вєяѕємαиgαт...
∂αяι ραgι ρєиυн ѕємαиgαт мєиʝαнιт.
Αρα уαиg ∂ιʝαнιт?
ѕαяυиg тιℓαм ∂αи ѕαяυиg вαитαℓ υитυк αиαк мαмα уαиg вαкαℓ ℓαнιя❤️

ѕєиgєт вєиgєт ʝυgαк ℓα.. тαρι уαиg ρєитιиg ʝαнιт ∂єиgαи ρєиυн кαѕιн ѕαуαиg. Ѕαмραι кєвαѕ вσит*т кιтα..

∂αи нαѕιℓиуα,,

єѕσк кιтα ѕαмвυиg ʝαнιт ℓαgι..

ᑕᗩᒍ ᗷeᖇᔕᗩᒪiᑎ

ᑭᗩgi ᑎi tetiᗷᗩ ᖇᗩᔕᗩ ᑎᗩk ᔕᑌᖇᐯey ᕼᗩᖇgᗩ ᑕᗩᒍ ᗷeᖇᔕᗩᒪiᑎ. ᑎᗩk ᗷᑌᗩt ᗷᑌᗪget.
ᑎᗩk ᔕᑌᖇᐯey ᕼoᔕᑭitᗩᒪ ᔕᗯᗩᔕtᗩ ᔕeᗪᗩᖇ ᗪiᖇi tᗩk ᗰᗩᗰᑭᑌ.. ᕼikᕼik
tᗩkᑎᗩk ᒪᗩ ᗰeᑎyᑌᔕᗩᕼkᗩᑎ eᑎ ᗩᔕᗷeᑎ ᒪᗩk. goᐯ ᕼoᔕᑭitᗩᒪ ᑭᑌᑎ ok ᗩᑭᗩ..
ᔕo kitᗩ ᔕᑌᖇᐯey ᒪᗩ ᕼoᔕᑭitᗩᒪ keᖇᗩᒍᗩᗩᑎ ᑭᑌᑎyᗩ ᑕᗩᒍ ᔕᕼᒍ.

ᗷeᖇᗩᑎgᗩᑎ ᑎk ᗰᗩᔕᑌk ᗯᗩᗪ keᒪᗩᔕ ᔕᗩtᑌ.2 ᗷeᗪᗪeᗪ @ ᗷiᒪik ᔕoᖇᗩᑎg.
itᑌᑭᑌᑎ kᗩᒪᗩᑌ ᗷeᖇᗩᑎᗩk ᑎoᖇᗰᗩᒪ ᒪᗩ. kᗩᒪᗩᑌ ᑕeᗩᔕeᖇ, kitᗩ ᗩᗰik keᒪᗩᔕ ᗪᑌᗩ ᗩᒍe.. ᗷᑌᗪᒍet ᖇᗰ500 ᗪᗩᑎ keᗷᗩᗯᗩᕼ ᔕᕼᒍ ye...

ᔕo kᗩt ᔕiᑎi kitᗩ ᒪetᗩk ᔕeᑎᗩᖇᗩi ᑕᗩᒍ. (ᑕoᑭyᑭᗩᔕte ᗪᗩᖇi ᗷᒪoggeᖇ ᒪᗩiᑎ)

keᑭᗩᗪᗩ ᗷᗩkᗩᒪ iᗷᑌ2, ᔕeᒪᗩᗰᗩt ᗰeᗰᗷᑌᗩt ᑭiᒪiᕼᗩᑎ ᗰᗩᔕiᑎg2😍


Rawatan Pesakit Dalam (Warganegara)


Caj sehari bagi seorang
Kelas Satu
RM10
Kelas Dua
RM5
Kelas Tiga
Percuma

Rawatan Accouchmen dan Bersalin



Kelas Satu
Kelas Dua
Kelas Tiga
Pembedahan / Caesarean
RM800
RM400
RM100
Bersalin Forcep
RM400
RM200
RM50
Bersalin Breech
RM400
RM200
RM50
Bersalin Normal
RM300
RM150
RM10

Caj Wad Am dan Wad Bersalin 



Caj sehari bagi seorang
Kelas Satu:

Bilik seorang (berhawa dingin)
RM80
Bilik seorang (tidak berhawa dingin)
RM60
Bilik berdua (tidak berhawa dingin)
RM40
Bilik lebih dari dua
RM30
Kelas Dua
RM20
Kelas Tiga
RM3

Monday, August 10

ᗷᗩᒍᑌ ᗷᗩᗷy yᗩᑎg ᑭeᖇtᗩᗰᗩ😆

Sabtu minggu lepas, ajak en asben keluar shopping baju baby. Selama ni survey2 harga je dulu. Bulan ni baru budget nk pegi beli. Dah masuk bulan ke7 baru berani nk shopping skit2.

ᒪiᔕt ᑎᗩk ᗷeᒪi ᑌtk ᗷᑌᒪᗩᑎ ᑎi:
1) 2 pasang baju NB
2) sehelai tuala mandi
3) sehelai selimut
4) kain napkin

Excited gila nk beli. Paling excited si Kakak Ain la. Dia la nk pilih, dia la nk bawak pergi cashier, dia la nk pegang beg baju adik.. Boleh kata semua bagi kat dia. Layankan aje.. Dah 11 tahun baru nak beradik kan.

Walaupun dah buat list, tapi geram dengan kecomelan baju2 ni, terbeli extra 3 helai romper. Rm3 je sehelai. Beli kat FOS kids&teen OU.

So, ni antara baju2 first baby mama👇🏻


 
  


Tak berapa nak sure lagi baby ni boy atau girl. So kita ambil baju kaler kaler yang match dua2 je dulu.

Mmg dah scan waktu 20weeks ari tu menampakkan 'bird' tapi masih tak confident. Sebab kakak Ain dulu pun first tgk pun nampak jelas 'bird' juga. But the next scan semua tunjuk girl.

Apa apa pun harap baby ni nanti keluar sihat dan sempurna..

Thursday, June 25

Kelainan puasa tahun ni...

Ramadhan datang lagi. Syukur diberi kesempatan menemui ramadhan lagi..

Tapi Ramadhan kali ni memberi sedikit dugaan pada diri. Hari pertama ramadhan berjalan lancar. 
En suami tiba2 balik awal dari kerja mengadu badan letih, pening dan hidung tersumbat. Mungkin terhidrat. 

Hari kedua puasa, keadaan en suami semakin lemah. Lembik tak bermaya.. Kita yang mengandung ni biasa2 aje..bertenaga sampai ke petang.

Masuk hari ketiga puasa, keluar ke pasaraya shopping barang dapur.. Jalan jalan Aeon cuci mata.. Balik rumah hampir jam 3 ptg. Terasa diri lemah langsung takde tenaga. Tiba tiba je.. Terus baring diruang tamu.. Jenuh paksa nak membangunkan diri. Tak pernah rasa letih tahap macam tu..

Start pada saat itu, puasa dihari2 berikutnya mula mencabar. 
Keadaan badan tak lagi normal. 
Kepala bagai dicucuk cucuk sakitnya. Hidung tersumbat, bersin tak henti henti dan paling menyeksakan tekak perit. Telan air liur pun pedih.. Masih bertahan untuk puasa sampai lah muntah asid 2,3 kali baru decide untuk berbuka.

Puasa yang ke7, anatanal checkup dekat  KK. Bp high 147/79, hb low 10.8, berat turun 2 kg. semua MERAH! Huhuhu

Kakak Misi nasihat tak perlu puasa. Kesian baby tak cukup nutrien katanya.
Tapi doktor lain pulak katanya. Keadaan masih terkawal. Boleh untuk teruskan puasa.

Apa apa pun, masih bertahan berpuasa. Tapi jika tahap keletihan dan kehausan melampau dinasihatkan untuk berbuka.

Dan tarawikh hanya mampu dilakukan sendirian dirumah. Anak dara n en suami je konsisten berjemaah di surau. 

Ini baru sikit cabaran yang diterima. Alhamdulillah. Syukur atas nikmat Allah.

Friday, April 24

Pening belum reda

Minggu ni dah masuk minggu ke13 pregnant. Morning sickness? Ada tetap ada tapi tak teruk mana. Muntah angin je. Cuma pening kepala makin menjadi jadi sekarang ni.. 

Mungkin effect ubat hipertensi kot. Terpaksa ambil  dopatab sebiji pagi sebiji malam sebab blood pressure tak boleh control. Jap tinggi jap rendah. Doktor risau risiko pre-eclampsia

Tambahan level kepenatan sekarang mmg teruk.  Baring, tidur, masak, makan, baring dan tidur. Itu aje aktiviti yang mampu dibuat.. Tapi nasib baik berat tak bertambah banyak. Cuma naik 1.5kg je.



Pil obimin pun dah start ambil sebulan lepas..

Syukur dengan nikmat yang Allah bagi ni.. Semoga kami dipelihara dari segala musibah..


Wednesday, April 8

Kegembiraan berganda

Alhamdulillah.. Smalam hari jadi our doter yang ke11. Dah besar anak mama. Apa hadiah kali ni? Percutian ke Langkawi dgn ✈️air asia. Dah lama tak terbang katanya..



Percutian kali ni ok la.. Nak kata best sgt tak juga tapi best la jugak. Lepak2, makan2..





 

Kali ni bawak mak mertua sekali. Biasalah kalau dah bawak org tua ni macam2 kerenah. Makan kena ikut time tak bleh lambat. Tak bleh sebarang makan nanti perut masuk angin..jalan tak bleh jauh nanti sakit lutut.. Dan macam2.
Itu pun mengeluh aje.. Ni tak betul, ni tak sedap, ni tak elok... Sabarkan ajelah...

Then utk kemuncak celebrate birthday dia, bawak pergi makan 🍱🍣 @shushi king.



Then kat situ hubby buat satu confession pada kami semua... Dup dap dup dap...
Rupanya en Suami baru saja dinaikkan pangkat. Dipindahkan ke new department dan dilantik jadi Exe kat situ. Alhamdulillah.. Allah dah rancang yang terbaik! Dapat baby, dapat rezeki baru..

Syukur pada Allah.. Harap kami terus hidup dalam kesyukuran..

🎊Tahniah buat suami tercinta dan selamat hari jadi untuk anak mama!🎊


Wednesday, March 25

Rezeki tuhan

2 hari lepas, godek2 internet jumpa opk dan upt strip murah online.. 70 sen sekeping.. Terus order 20 keping.. Hambik kau! Baru rm14 plus postage rm6. Berbaloi baloi la kan.

Parcel sampai tghari smalam. Then lepas asar terus tak sabar2 nak try. So try guna opk sbb dah ptg kan.. Nk tengok la tahap kesuburan aku ni..
Tup tup...

 
Hah.. Terus keluar 2 line. Line T lagi clear dari line C.
Terkedu jap. Subur ke aku sekarang walau peod dah delayed 3 minggu..
Pastu jadi shahdu. Kalau la ni strip UPT kan seronok..dah hampir 9 tahun mencelup UPT, tak pernah sekali pun keluar line terang camni..

Then malam tu suami balik kerja terus tunjuk dia. Tergamam dia pastu muka excited gila. Dia ingat itu upt strip mana la dia tau ada macam2 strip lak... Hihi
Pastu bila explain yang ni opk terus dia marah. Kenapa nak kenakan dia..

Pastu dalam hati masih lagi tak puas hati ni. Google cari kot2 opk pun boleh same result dengan upt.
Jumpa la 2,3 blogger yang buat n3 pasal ni. Baca komen2 rupanya ramai yang takut utk check pregnant guna upt cam aku. Kikiki

Ramai lak tu cuma berani guna OPK je.Tapi ada yang kata kalau positif mengandung, OPK result boleh jadi positif. Cuma tak digalakkan check pregnant guna OPK.
Result tak accurate..

So, pagi ni bertekad nak check upt. Apa result yang keluar nanti redha saja. Semua dah tertulis.

Kul 3:15 terjaga nk terkucil. Ambil keputusan check upt sekali la. Tak sempat nk berdebar terus keluar 2 line dgn terang sekali

 
Waktu ni terus nangis. Syukur sangat2. Kejutkan suami dan bagitau. Dia cam tak caya je. Suruh relax la, suruh control perasaan la.. Then katanya nanti subuh try lagi sekali.

Kul 6:00 tak sabar try lagi sekali . Alhamdulillah result tetap sama. POSITIF!
Happy sangat2. Allah dengar doa kami. 

Nanti ujung minggu baru nk pegi jumpa dr confirmkan semula. Harap2 dipermudahkan..

Kepada yang masih menanti, banyakkan bersabar dan jangan lupa amalkan surah al-Waqiah setiap hari.. InsyaAllah

Sambungan....

Tak sabar punya pasal, malam esoknya terus gi klinik nak scan. Dan result scan memang memberikan seribu kebahagiaan buat kami yang dah lama menanti..


Alhamdulillah.. Baby kami dah sebesar 15mm.. Anggaran 8w..

Semoga baby membesar dengan sempurna dan menjadi seorang anak yang taat Allah, taat ibubapa.. 





Monday, March 23

Badan tak berapa nak sihat

Dah lama tak mencoret.. Bz dengan rutin harian..
Dah seminggu badan rasa tak berapa nak sihat. Kejap2 pening, kepala rasa berat je..badan kejap panas tapi tak juga demamnya..
Perut asyik kembong. Gastrik macam menjadi2 lak datangnya.. Lambat makan je, terus perut memulas. Angin dalam badan jangan nk cakap la.. Sendawa tak renti renti..
Semua ni dugaan.. Redho dan terima dengan hati terbuka..
Buat masa ni bila dah tak tertahan badan tu cepat2 minum pati delima. Ringan sikit rasanya. Alhamdulillah serasi betul dengan pati delima gulsan..

En suami macam dah terlebih pikir plak, berkias2 suruh buat UPT. Mana la tau kot2 sangkut..dah lebih 8 tahun menanti..
Tapi sendiri masih lagi taknak check. Ketakutan lebih menguasai diri.
Hanya yang selalu frust tengok result yang memahami ketakutan ni.. Hehe

Apapun aku tetap bersyukur..
😀😀

Friday, January 30

Teh tarik buat En Suami

Rutin tahun 2015...

Sediakan teh tarik seawal 6:20pagi untuk suami & puteri kesayangan.



Isnin-Jumaat sahaja. Weekend i pulak la dapat cuti..

Sarapan ala2 kadar aje. Kadang roti sapu nutella, kadang roti mentega & gula kadang Nestum.

Tapi yang bestnya dua orang ni mesti makan sampai habis.. Tak pernah pun merungut atas apa saje yang dihidangkan..

Alhamdulillah.. Allah kurniakan insan2 ini melalui suka duka perjalanan kami..


Tuesday, January 13

Workout!!

Selamat pagi Selasa...

Penat.. Selesai workout utk 1 jam..
Actually dah lama tak buat.. Kira ari ni nak start semula..
Harap dapat bertahan..

Nak turunkan weight lagi 10 kilos..
Yosh rosuna chan.. Gambarou!!

Next month ada appoitment dengan pakar OnG. Dr tu dah warning, next meeting mesti turun lagi berat ni..

InsyaAllah. Kita hanya merancang tuhan menentukan...

Mohon dikurniakan kesihatan, kesenangan, keberkatan dunia dan akhirat.. Aminn..