Tuesday, December 17

AutoPilot Profits

Pernah dengar apa itu AutoPilot profits?

Jom baca di sini..


AutoPilot adalah tool untuk On9 Biz khususnya yang berkonsepkan MLM.
Objektif Autopilot : Ubah cara penajaan kita dan Teknik Promosi
Katakan kita nak ajak Ali menjadi downline dalam biz. yg kita jalankan.
Sebelum ni, kita perlu cerita a to z kepada Ali tentang kehebatan Biz yang kita jalankan, seterusnya kita follow-up sehinggalah Ali membuat bayaran untuk menyertai Biz tersebut.

Tapi bila guna AutoPilot, kita hanya perlu suruh dia sign-up free akaun AutoPilot. itu sahaja.
tak perlu follow-up dia dan tak perlu suruh dia bank-in.
Semuanya sytem yang akan buatkan. Sistem akan paksa Ali untuk buat bayaran, seterusnya menyertai Biz yang kita jalankan.

Menarik bukan?
Nak tau lebih detail jom
sign-up free akaun AutoPilot    anda sekarang.



Friday, November 29

Salam barakah di pagi Jumaat yang mulia.
Dah lama tak mengupdate blog.
Sibuk dengan rutin harian.

Pagi ni  terpanggil untuk berkongsi ilmu tentang 'Taubat'.

Semalam baru sahaja menghabiskan bacaan surah At-Taubah.
tersentuh hati membacanya maknanya.

Betapa azab siksaan orang orang yang ingkar suruhan Allah. yang tidak mempercayai kebenaran yang dibawa rasulNya. tak lain azab neraka yang sangat pedih.

Namun Allah maha penerima taubat hambanya. Allah maha pengasih lagi penyayang. Oleh itu sentiasa kita bertaubat atas segala perbuatan dosa kita yang kita sedar mahupun tidak.

Dan tiada siapa dapat menolong orang orang fasik.

'Engkau mintakanlah ampun untuk mereka atau tiada engkau mintakan. Jika engkau mintakan ampun untuk mereka 70 kali, niscaya Allah tiada juga akan memberi ampun bagi mereka. Demikian itu disebabkan mereka kafir kepada Allah dan rasul Nya. Allah tiada menunjuki kaum yang fasik.'(ayat 80)

dan google pasal surah at-taubat ni terjumpa kelebihan 2 ayat terakhir surah ini.
Ayat 128 dan ayat 129.
Jom kita kongsikan.. inshaAllah membawa rahmat kepada kita.


Ayat 128
“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”
Maksud ayat 128
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.


Ayat 129
“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”
Maksud ayat 129 Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.

Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah
- jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
- jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
- jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
- jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
- jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
- jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
- jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.

Sama sam kita amalkan untuk mencari redha Allah.
Sila share untuk dikongsi bersama rakan rakan tersyang yang lain.






Thursday, November 14

aku bersyukur ya Allah..

 Salam semua pembaca blog saya ni..

Just nak meluahkan rasa hati pada blog kesayangan ni..
Mungkin akan lenyap apa yang terbuku dihati, dan hati kembali tenang mengingat pada Penciptanya.

Ptg tadi, menanti kepulangan anak tersayang di muka pintu.penuh dengan kasih sayang..
"dah tau ke kamu kelas apa for next year?"
"dah mama, 4D" sambil berwajah bangga.
(sekarang 3B)
"APA?!!"
Wahai anak, sungguh kecewa hati mama ni. meruntun sedih pilu mendapat kabar berita prestasi anak semakin menurun..

sekaligus kena berdas das...

Then terus mandi dan berwudhuk, beristighfar mengenang kejadian Tuhan.
Anak cermin dari ibubapa. kalau prestasi anak menurun, bermakna prestasi ibu bapa mendidik anak juga menurun..

Ya Allah, aku bersyukur , aku masih belum terlupa.
aku bersyukur aku masih punya fikiran waras yang mampu untuk aku kawal perasan.
aku masih belum terlambat membetulkan keadaan.

Mungkin aku alpa, aku lalai, aku cuai..
'Anak maafkan mama..
Kita masih belum terlambat,
kita masih boleh bermula sebab kita sebenarnya belum pun bermula.
Kita akan kejar mereka yang sudah laju kehadapan.
Kalau kita berusaha bersama kita PASTI BERJAYA!'

Syukur ya Allah, aku dikurniakan ilmu bermanfaat...







 

rosunaceriaceriasentiasa

Tuesday, October 8

Kerja sekolah Nur Ain

Hari ni kena buli dengan si anak. Nak gambar sandwich nak tampal dalam buku log katanya..
Hah amik... Punya banyak gambar👍


Pilih la yang mana satu nak ye..

Friday, October 4

Alhamdulillah

Syukur ya Allah! 
Segala puji bagi Allah. 
Terasa diri semakin dekat dengan Penciptaku. Aku terlalu kerdil disisiNya.
Sesungguhnya Allah tak pernah sesekali pun meninggalkan hambaNya yang sentiasa mengingatiNya. Itu janji Allah dan Allah tak pernah memungkiri janjiNya.
Berdebar dada ini memikirkan kebesaran Allah. Saat menaip setiap butir kata ini, hatiku berdegup kencang. Mengenang kekuasaan Allah. Mengenang dosa lalu, kealpaan diri. Ya Allah terima lah keampuanan dariku.
Setelah memuhasabah diri, baru tersedar dari tidur panjang. Ternyata diri aku sebelum ini hanya mengejar dunia. Mencari hanya ilmu dunia. Mengharap penghargaan org sekeliling.
Allah kurniakan hidayahNya padaku.syukur ya Allah. Masih ada ruang untukku kembali kepadaMu.
Kini aku tahu banyak lagi ilmu Fiqah yang perlu aku kaji agar diri sentiasa berada dekat dengan Allah.
Ternyata Allah maha mengasihiku. Doaku diangkat. SubhanaAllah. Banyak doaku sudah didengariNya. Banyak yang telah termakbul. Tak terucap kesyukuranku padaMu Tuhan. 

Menangis seketika mengenang kasih sayang Allah padaku. Sesungguhnya aku juga menyintai Allah sebagaimana besarnya Cinta Allah pada makhlukNya.

"Ya Allah, jangan Kau tinggalkan aku setelah Engkau beri aku petunjuk untuk aku menghampiriMu.
Bimbinglah aku dan keluarga menuju JannahMu. Amin.."

Friday, September 6

Mudahnya menjemput rezeki

"MMR" Mudahnya menjemput rezeki. Sebuah buku hasil tulisan ustaz Fathuri.
Ringkas tetapi penuh pedoman dan nasihat untuk terus berada  di jalan Allah sambil menikmati kemudahan dunia dan kemewahan akhirat.
Best seller @MPH.
Berminat boleh pm / sms ke 0192889525




Mari bersedekah

Sedang melatih diri untuk sentiasa bersedekah. Walau hanya dengan sebuah senyuman paling manis.

Manis ke senyumanku? In sha Allah jika disertai keikhlasan, akan jadi sangat sweeett..




Thursday, September 5

aku surirumah

Dear Cik Bloggie,

 

Ramai yang tanya aku, 

best ke jadi surirumah?

apa yang aku buat sepanjang hari?

tak boring ke duduk rumah tak pergi kerja?

cukup ke duit belanja?


Mai sini semua yang bertanya, aku nak story...

pertama:
Perasaan jadi surirumah of coz la tersangat sangat BEST!
mana taknya dunia aku yang punya....nak buat apa terpulang pada kehendak sendiri.

kedua:
Setelah "bersara" aku punya banyak masa.
Allah anugerahkan rezeki masa untuk aku.
Masa mengenal diri sendiri, mengenal anak dan mengenal suami.
dan masa yang paling penting masa untuk mengingatiNya.
Kalau dulu waktu bekerja, selalu sibuk, balik malam, urusan anak dan suami terbiar.
Sekarang sepenuhnya mentadbir rumahtangga. Menjadi lebih akrab dengan anak, segala cerita
dikongsi bersama. Rupanya banyak perkara si anak pendamkan selama ini.
Suami pula lebih terjaga makan pakainya. Dan paling best suami sudah berusaha pulang awal ke rumah.
Katanya semangat nak balik kerja sebab ada isteri menunggu.
Bila hati dah senang fikiran jadi tenang..so surirumah je tau macammana tenangnya berada dirumah hehe


ketiga:
Yang paling penting, boleh meningkatkan ketaqwaan kepadaNya tanpa ada halangan.
(bergantung pada individu, siapa nak dia cari jalannya)
Kalau dulu solat dihujung hujung waktu, dan adakalanya terlampau sibuk, terlepas waktu.
Tapi kini bila dengar saja azan dari surau berhampiran, terus berwudhuk dan untuk menjalankan tanggujawab kepada Allah. Baru sedar betapa khusuknya solat di awal waktu tanpa terkejar kejar.
Kalau dulu al-quran cuma malam jumaat saja dibaca itupun cuma surah yasin, tapi kini alhamdulillah setiap kali selepas solat, paling kurang 2 lembar ayat suci dilagukan..:)
Solat dhuha juga dah menjadi amalan harian. dari tak pernah tahu apa fadhilat solat dhuha, kini rasanya tak lengkap jika tak melakukannya.
Sungguh, betapa terisinya masa yang aku ada.
so, mana datangnya boring tak ada kerja?

keempat:
Janji Allah, kalau kita solat dhuha, Allah cukupkan rezeki kita dari pagi hingga ke malam
Janji Allah kalau jaga solat (solat berjemaah di surau bagi lelaki, solat awal waktu bagi perempuan)
akan Allah kurniakan keberkatan dalam hidup
Janji Allah kalau kita sering menyebut dan mengingatiNya, Dia akan senantiasa menjaga dan mengingati kita
Janji Allah, Dia akan permudahkan jalan bagi orang yang sentiasa membaca ayat suciNya
begitu indah janji Allah pada umatnya. jadi jika semua telah dilakukan dengan ikhlas, mana mungkin tak cukup belanja? malah berlebih lebihan lagi..Alhamdulillah

"Hasbunallahu wani'mal wakil, fani'mal maula, wani'man naseer"
(Cukuplah Allah sebaik baik pelindung, sebaik baik penjaga, sebaik baik penolong)

Syukran ya Allah, aku diberi nikmat yang ramai terlepas pandang.
Semoga iman dan ketaqwaan kami semakin bertambah dari hari ke hari. dan jangan lah Engkau ya Allah, palingkan kami setelah Engkau beri petunjuk.Amiin...



rosunacericeriasentiasa

Thursday, August 29

Pengalaman baru

Hihi..
Gelak dulu tuk diri sendiri.  
Hari ni cukup best! Mendapat satu lagi pengalaman baru dalam hidup.
Ya Allah aku bersyukur kau beri peluang indah ini untuk aku. 
Peluang keluar berjumpa customer menjual produk pati delima Gulsan.
Biasa berurusan hanya di alam maya. Dari order, money transfer dan delivery semua melalui online tapi kali ni dari promo, jualan semuanya secara langsung. Ini kerana produk ni tak berbaloi untuk diniaga secara pos.
Mula mula berdebar juga. Sebab tak pernah terlibat dengan jualan langsung. Tapi sebenarnya sangat teruja. Sangat sangat! Dapat bersembang dan mendengar feedback mereka itu paling berharga.
Kepada adik RI, terima kasih kerana membeli produk akak yea:)
Nanti  jgn segan segan ambil lagi.
Dan ptg ni ada lagi satu customer request produk ni. 
So good luck for me!

Monday, August 19

Jus delima Gulsan

Alhamdulillah.syukur tak terhingga diperkenalkan dengan produk pati delima Gulsan.
Sebelum ni, mengalami sakit kepala yang teruk. Setelah amalkan pati delima ni, alhamdullillah tiada lagi sakit kepala. dan paling gembira doktor sahkan bacaan tekanan darah menurun secara mendadak.

dan teringin untuk berkongsi dengan anda semua tentang kebaikan Delima ini.
(dipetik dari satu internet forum)











Antara Khasiat Buah Delima ialah:

- Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
- Melawan penyakit gout
- Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
- Merawat ‘sinus’
- Mengatasi masalah kekeringan vagina wanita secara semulajadi 
- Meningkatkan tenaga
- Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar 
- Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita   daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
- Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
- Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
- Mengatasi masalah penyakit buasir
- Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
- Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua
- Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
- Menormalkan fungsi hati
- Menstabilkan peredaran darah
- Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
- Mencuci darah kotor
- Antioksida yang tinggi
- Menstabilkan paras kolesterol
- Mencegah penyakit jantung
- Menurunkan tekanan darah tinggi
- Mencegah penyakit barah
- Merangsang tenaga batin






 MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL


Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.
DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.


MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.
MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga mencegah ketidaksuburan dan kemandulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra', dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.
MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.
MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”
MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.
MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.
DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.
MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.
MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.

MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.
MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.
MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.
DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).
menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik
MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.
Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.
Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An’am ayat 99 dan ayat 141.
Mengikut sejarah, buah delima secara tradisionalnya melambangkan kesuburan. Buah delima telah ditanam di Mesir sebelum zaman Nabi Musa. Ia telah ditemui di lembah Indus pada zaman awal dan terdapat perkataan Sanskrit untuk delima.





 




 rosunacericeriasentiasa

Monday, August 12

Jom menjahit

Untuk menjahit tak susah sebenarnya.
Sangat senang untuk orang yang memang dilahirkan kreatif. Tapi tidak juga susah untuk yang tangannya keras. Cuma perlu ada azam dan tekad. Untuk menjadi tukang jahit yang handal boleh rujuk ebook di sini http://salma.jomniaga.com/go/hisham75/

Dulu aku juga liat nak memulakan. Tapi sekali dah bukak mesin jahit, tak mau berenti pulak menjahit.

Kat sini mari suka aku nak kongsi tip untuk dapatkan jahitan yang kemas.
Ilmu itu lebih baik dikongsi kan dari disimpan sahaja😊

Tip kekemasan jahitan:

1. Proses menanda di atas pola pakaian, mestilah terang dan senang nampak supaya apabila hendak dijahit nanti tidak berada diluar daripada garisan pola. Selalunya saya tanda gunakan kapur untuk kain kapas dan gunakan roda surih bersama kertas karbon bagi kain licin dan lembut.cara ini memudahkan proses jahitan.


2. Jenis jarum yang digunakan mestilah bersesuaian. Seperti jarum nombor 80/11 untuk kain yang nipis atau jenis kebanyakan kain kita buat baju kurung. Kain jeans yang tebal , kain langsir tebal atau ketika hendak menjahit balkrum/ pita bersama getah sesuai gunakan jarum besar 100/16. Mata jahitan akan nampak satu-satu dan tidak menjadi longgar.

3. Gosok pada setiap bahagian yang di jahit contohnya, bahagian pesak yang di sambungkan dengan kekek dan juga lengan baju.pastikan gosok dengan teliti supaya dapat hasil yang cantik, setelah itu barulah sambungkan bahagian pesak tadi dengan badan baju.setelah siap cantumkan gosok sekali lagi.

4. Kesesuaian lebar mata jahitan. Jarak yang cantik dan kemas antara 2.5 mm ke 3 mm untuk pakaian. Jarak 4 mm ke atas selalunya sesuai untuk cadar atau langsir. Jarak 2mm sesuai untuk tikam leher baju kurung supaya apabila diterbalikkan fasing akan jadi tajam dan kemas di bucu.

5. Jenis tapak mesin jahitan. Jenis tapak mesin juga mempengaruhi cara kita menjahit pakaian. Seperti tapak lurus, akan memudahkan kita jahit lurus. Gunakan tapak zip untuk menjahit zip supaya dapat jahit rapat dgn zip. Tapak zip juga boleh digunakan ketika hendak menjahit pita getah di pinggang.

6. Ketegangan benang di mesin jahit dan gelendung/sekoci. Ketegangan benang penting untuk mendapatkan mata jahitan yang cantik dan kemas. Selalunya untuk kain yang licin dan lembut, ketegangan perlu dikurangkan seperti brand Singer (kurang drp 4). Jikalau kain langsir atau cotton seeloknya dilaraskan pada 3.5 ke 4 atau 5.
 
Credit to blog sweetbajukurung

Selamat mencuba!


<a href="http://salma.jomniaga.com/go/hisham75/">Panduan Baju Kurung Tradisional</a>


Tuesday, July 30

Baju raya tahun ni

Alhamdulillah.
Dah siap beli baju raya tuk anakanda.
Kaler pink tu.
Dan untuk si Ayah baju melayu cekak musang kaler biru langit.

Sedondong tak gamaknya. Mula tu ingat nak kaler purple pink lastly si Ayah udah berkenan bebenor kaler biru tu. Siap ngan sampingnya. After 10 years baru tukar samping baru.
So rembat ajela.. Walaupun begitu contra  nya.

Dan mamanya takyah baru la. Cukup mana yang ada..



Tuesday, July 16

Syukran ya Allah

Entry kali ni nak cerita pasal semalam..15 julai 2013
Kisah si suami yang perihatin la kiranya.
Pagi sebelum en Suami pergi kerja aku mengadu sakit kepala. Terus berbaring di sofa. Tangan suami pun aku salam sambil baring. Biasanya akan hantar dan melambai suami sampai gate. Tapi kerana dek kepala yang sakit, aku tak larat.
Kemudian dengarlah kereta viva comel suami bergerak keluar. Sementara menunggu si anak habis mandi, aku melelapkan mata barang seminit dua. Tersedar apabila terdengar grill pintu seperti dibuka dari luar. Berdebar juga terus aku bangun menjenguk, tup tup terjongol muka Suami di pintu. La apa hal lak pusing balik ni?
Tak sedap hati meninggalkan isteri tengah sakit katanya...
O ok. Alhamdulillah ya Allah, dikurniakan suami yang penyayang..
So pagi ni, selamat dari kena drive ke sekolah anak. Semua suami take over tugas.
Ingatkan lepas saja suami anta anak terus dia ke tempat kerja rupanya dia patah balik ke rumah. Bila disuruh pegi kerja katanya biar dia teman aku sampai pening aku reda. Sukanya❤
Di fikiran terbayanglah dia nak picit picit kasi hilangkan sakit ni. Rupanya dia terus baring kat karpet tepi sofa ni and terus mem'buta' tido dengan begitu lenanya. 'Zzz..'
Sehingga kul 9:30 pagi sampai jenuh lak aku menggerakkan untuk suruh pegi kerja.
Bila aku bagitau aku dah tak pening sangat baru la dia bangun, basuh muka dan keluar.. 
So, kesimpulannya apa ye... Menyelam sambil minum air...? Apa apa pun, terima kasih abang❤

Saturday, July 6

Dadtar perniagaan

Salam

Hari ni teringin nak share cerita pengalaman macammana nak daftar perniagaan dengan SSM.
Sebab malas punya pasal nak pergi pej SSM, dan kononnya nak gunakan kemudahan dihujung jari aje...
Akhirnya aku yang tensen sendiri.

Mula mula tu excited la.. Klik pada manual rakan rakan blog yang lain untuk belajar.Dah confident boleh buat aku pun bukak la goverment portal kat http://malaysia. gov.my
Register user ok lancar aje.
Then pegi ke website SSM kat http:// ssm.gov.my
But time nak subsribe dengan SSM tu sangkut gak waktu nak open form NA42. Form boleh bukak tapi takleh nak edit or submit. Aku buntu 4 minit. Hehe. 
Tapi aku ambik jalan mudah call org kat gov portal untuk bantu aku. 
Lemah lembut aje cik yang membantu aku tu. siap nk tolong aku registerkan. Tapi demi keselamatan akaun aku, aku cuma minta dia bantu aku step by step aje.
Dapatla penyelesaian kenapa aku takleh edit form. Adobe reader aku dah out dated. Lama dah makcik tak update. Xoxo
Lepas aje update baru aku dpt subcribe SSM nya link.Kena bayar lak rm5. Takpa la kira sedekah pada kerajaan sendiri😀

Then nak register la akunye bisnes ni. Taknak pakai nama sendiri. Tak comercial la plak hehe. Nak register guna  nama "Niaailashoppe" memang nama bisnes yang aku dok pakai hari hari la.

Proses pencarian nama berjalan lancar. 
Cuma tunggu SSM punya approval saja. waktu tu dah lewat. kul 5 ptg so resultnya kuar the next day la.
Ok esoknya aku berkobar kobar buka my gov portal nak tengok result dari SSM. Alhamdulillah approved. Dengan seronoknya nak start la men"register"
Ikut la step by step, waktu nak isi form A tu dia minta Name approval no.(mandatory field). Mana lak aku nak dpt kan no ni. Check email kot kot SSM sent dalam email. Takde. Cuba guna no ref dlm my portal. Invalid! 
Hah...last last tepon orang SSM minta SOS.. 
Kali ni abe jawap phone.. Hehe miang.. 
Tanya punya tanya dia kata aproval no. tu SSM attached dalam email. Sila baca email. EMAIL? Aku tak dapat email.. 
Dan abang yang bersuara sopan tu bagitau ari tu SSM nya sistem tgh ada problem. Maybe malam baru ok. Dush 2x

Akhirnya tak siap la nk register. Dan masih lagi tunggu email dari SSM.

Nanti bila aku proceed ke next step aku cerita lagi eh.   

Sambungan....

4 hari tunggu untuk dptkan approval no. Masih tak dapat email dari SSM.
so aku try call lagi pej SSM. Katanya guna aje approval ref no. dalam portal tu.
Aku pun try lagi sekali.. Valid! Alhamdulillah boleh proceed.
So setelah submit, dalam 20 minit sahaja
dapat email dari SSM, mengatakan 'Niaailashoppe' sudah didaftarkan dah diberi salinan sijil untuk di copy dan dipamerkan.
 Alhamdulillah.. Selesai semua urusan

Salam



Thursday, June 27

Selamat datang Ramadan

Salam semua.

Kali ni nak cerita betapa hati ni tak sabar sabar tunggu kedatangan Ramadan.

Seperti tahun tahun lepas, pasti bulan penuh berkat dan rahmat ni jadi satu penantian yang berat.

Mampukah buat yang lebih baik dari Ramadan yang lepas? Mampukah melawan semua godaan nafsu sendiri.

Cuba bersederhana. Perbaiki mutu iman dalam diri. Tak mau lepaskan peluang keemasan ini. Peluang seumpama merebut untuk shopping Megasale..
 
Belum tentu dapat peluang kali kedua..



Sunday, June 9

Potong kek


Pagi pagi potong kek kahwin..
Kek carrot with cheese cream.

Majlis potong kek perkahwinan adik ipar.
Kek yang sangat cantik 


Dan rasanya juga sangat sedap. Ada kacang macadamia..

Jom jemput makan semua..❤


Friday, June 7

Pelamin oh pelamin

Penat membantu en Suami dan abg ipar mendecorate pelamin buat adik ipar.
Demi memenuhi permintaan ibu mertua tersayang..



Macam macam idea keluar. Macam macam antologi terbit.
Corak ombak rindu la, simpulan bahasa la, silang kata nya. Tapi seronok dpt menghilang penat.

Dan hasilnya... Jeng jeng jeng


Cantikkan...yang paling unik kerusi itu..

Kreative tak idea abang abang i..😄

Tuesday, June 4

Penat..

Penat badan, penat otak dan penat jiwa.
Itu yang tepat aku gambarkan untuk diri aku sekarang.

Mana taknya penat badan ulang alik dari rumah ke terengganu, ipoh, temerloh, ipoh, dan maybe next week ke segamat pula.

Ini semuanya kerana majlis pernikahan adik aku serentak dengan majlis adik ipar aku. 

Kenapa la mereka memilih tarikh yang hampir hampir. 😟

Penat otak pula apabila memikirkan macam macam persediaan yang perlu aku lakukan untuk menjayakan majlis ni.
Mana taknya aku antara orang kuat kedua dua pihak. Penat juga otak ni memikirkan budget duit yang perlu aku korbankan.$$

Dan yang paling sakit, jiwa aku. Penat jiwa aku melayan karenah keluarga aku waktu berlangsungnya majlis dirumah aku.
Bukan nak buka pekung didada. Tapi menjadikannya iktibar. Sedih melihat pergolakan yang berlaku.Kakak dan abang aku semakin tidak punya sifat kemanusiaan. Sudah tidak pandai menjaga hati orang sekeliling lebih lebih lagi saudara mara.
Bercakap ikut sedap mulut tanpa memikirkan ada hati terluka.

Hati aku juga terluka. Terguris dan tercalar. Demi mengenangkan talian persaudaraan yang utuh, aku lupakan segala yang berlaku. Tapi mampukah orang lain melupakan semuanya?

Semoga Allah memberi hidayah kepada  mereka. Agar tahu menjaga percakapan dan tingkah laku.

Agar terus berada dijalan lurus yang sama sekali tidak menyekutukan Allah yang satu.
Amiin...

Friday, May 24

Dugaan dan kejutan di pagi hari

Hari ni 24 May, harijadi aku yang ke 35.
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk terus bernafas dibumi Allah ini.

Pagi jam 2, merancang perjalanan ke Kuala Terengganu mengikuti rombongan pengantin adik ipar.

Mula mula perasan minyak kereta dah menyala. Aiseh semalam lupa nak isi minyak la pulak.
Ok masih boleh gerak min 60 km lagi

Then masukkan barang dan start enjin.
Alamak! Tak mau start lak. Relaks, jangan panik. Cuba lagi dan lagi. Masih tak boleh hidup. Terduduk sat nak jumper kereta lagi satu baru aje kena pinjam semalam. 

So ambil keputusan masuk semula kedalam rumah. Beristifar banyak banyak mintak pertolongan Allah.

Tiba tiba terdengar bunyi kereta kat luar. Ada orang walaupun pada pukul 2:30 pagi.

Jiran sebelah baru balik. Apalagi bergegas keluar minta pertolongan. Alhamdulillah dengan izin Allah berjaya menghidupkan kereta.

Sesungguhnya sentiasa bersangka baik pada Allah.

Lagi membuatkan hati berbunga bunga dapat lagi kejutan dari en Suami. Ucapan birthday disertai sebentuk buah rantai berbentuk double heart sebagai hadiah harijadi.

        "Hatimu sentiasa di dalam hatiku"

Terima kasih Abang. Always love you... 💚💙💕

Thursday, May 16

Rutin harian

Entry kali ni sesaja nak cerita tentang rutin harian yang boleh kata 100% berubah.

Bangun 6 pagi, selesai solat subuh terus ke dapur menyediakan sarapan buat En Suami dan anak( walau sekadar secawan Milo kaw dan beberapa keping roti Gardenia)

Jam 7:15 siap dengan pakaian sukan complete with sport shoe keluar menghantar anak ke SRA.

7:30 pagi memulakan langkah 10000 tapak di Puteri Central Park @tempat jogging terindah di kawasan perumahan ni.(Biasanya tak pernah dapat 10000 tapak pun, cuma antara 5000 ~ 6000 tapak je)
Berjalan dan berlari lari anak. Mencukupkan sepuluh pusingan taman ni. 
Teringat ketika mengerjakan syaei di kota Mekah suatu masa dulu.

8:30 pagi balik rumah dan terus mandi. Mengambil kesempatan melaksanakan solat dhuha sebagai tanda kesyukuran.
Minta diperluaskan pintu rezeki buat kami sekeluarga.

9:00 pagi adalah waktu santai sambil mengikuti drama filipina. (Kebanyakan drama dah sampai ke episod puncak😄)

11:00 pagi keluar sekali lagi ke SRA untuk mengambil Nur Ain pulang dari sekolah.

Sampai dirumah terus menyediakan lunch untuk puteri Ain. Selesai makan, menunggu ketibaan van sekolah untuk mengambil Ain ke sekolah kebangsaan.

12:05 tghari biasa van sampai dan sesudah itu adalah masa untuk KERJA!!
Men'update 'blog Niaailashoppe, ( http:// Niaailarosuna.blogspot.com ) menge'post' satu dua post di fb pages Niaailashoppe agar kedai online yang baru setahun jagung ni sentiasa diingati oleh setiap pelanggan di luar sana.

Pukul 2~ pukul 3 adalah time paling indah. Selesai solat zuhur, mencari bantal untuk melelapkan mata.

After 3 ptg, time untuk mengemas rumah, membasuh,menjemur, menyapu juga mengemop.
Biasa semua kerja rumah ni siap hampir jam 5 ptg.( banyak rupanya kerja rumah ni)

Selepas jam 5, after asar ke dapur la apalagi. Mencari apa apa yang boleh dikudap. Biasanya Milo panas cicah biskut Jacob.👍

Dan masuknya pukul 7 ke dapur lagi menyiapkan makan malam untuk semua.
Hampir hampir jam 8 baru siap dan terus bergegas mandi and solat Maghrib. Then time tuk mengaji bersama sama Ain sambil menanti waktu Isyak.

En Suami biasanya sampai umah kul 8:30 malam.
Dinner bersama sama dan sesudah perut kenyang tibalah masa menyemak kerja sekolah Nur Ain.

Sampai kul 11 juga kadang tuh. Banyak homework dan correction yang perlu dibuatnya.

Selepas jam 12 baru boleh masuk beradu. Nampak cam bz je kan senenarnya tak rasa bz pun. Penat pun takdelah penat. Enjoy dengan aktiviti harian yang baru ni.😃




Wednesday, May 15

Project terbaru

Sekarang dah start sikit sikit dengan biz online. Sesaja nak tambah 💵.
Produk yang dijual adalah tudung. Berangan nak jual macam macam tapi modal tak mencukupi serta belum boleh manage betul betul lagi.

So buat satu satu dulu.
Harap semua berjalan lancar. Moga dimurahkan rezeki kami dalam bidang ni.


Ni la nama kedai online kami. Niaailashoppe


Nama ni sempena nama anak kami. Ain. Diterbalikkan menjadi Nia. Unik kan..😃dan aila tu pula biarlah menjadi rahsia kami.🙊

Tudung jenis kain lycra yang berkualiti tinggi menjadi pilihan Niaailashoppe.
Kainnya lembut tidak jarang dan tidak pula panas ketika dipakai.👍

Antara produk kami...

Tak pasal pasal promote anak jadi model. 
Ni la dia Ain.

Harapan biarlah biz yang baru nak berdiri ini akan succes menapak selangkah demi selangkah maju ke depan dan berkembang. In Syaa Allah...👣


Friday, May 10

Our anniversary yang ke 10

Sedar tak sedar sudah 10 tahun kami bersatu. Membina mahligai bahgia.

Terima kasih en suami selama sepuluh tahun ini, sayangmu masih lagi seperti dulu malah lebih mendalam.

Bermacam macam dugaan kita lalui sepanjang tempoh ini. Dari bergurau mesra sehingga bertengkar manja, namun semua itu mematangkan kita.

Dan aku berdoa semoga Allah memanjang usia kita, juga memanjangkan jodoh kita sampai syurga.

Dan kali ini en Suami memberikan kejutan (walau tak berapa romantik) aku tetap bersyukur. Alhamdulillah aku dikurniakan seorang suami yang menyayangi aku dan anak sepenuh jiwanya.
Aku dihadiahkan sebentuk cincin sewaktu kami keluar makan berdua duaan.
Memang agak terkejut tak sangka dia mampu lakukan kejutan sebegitu.

Ya Allah, sesungguhnya aku amat bahagia...

Wednesday, April 24

Hari jadi anakanda yang ke 9

7 April 2013
Menyambut hari lahir puteri kesayangan dengan sederhana.
Tahun tahun lepas kami adakan makan makan dengan famili terdekat tapi kali ni agak berlainan sambutannya.

Membawa Ain berjalan ke Tanah Tinggi Cameron adalah tindakan mengejut tanpa ada perancangan.

Kali ni memang percutian yang santai. Tiada perancangan. Terasa nak singgah, kami singgah. Tak perlu terkejar kejar.

Agak susah juga mencari tempat penginapan. Semua hotel penuh dan akhirnya kami menempah bilik triple di hotel Rosa Passedena.

Banyak juga tempat kami lawati. Cactus Valley, Bharat tea plantation, Strawbery park(Kasimanis) n Cameron Lavender. Juga sempat singgah di tapak pasar malam Brinchang.

Ternyata percutian singkat ini memberi kegembiraan buat Ain.
























Monday, April 1

Tersentuh

31 mac 2013,
8:30pm :
Tercabar kesabaran dengan kerenah anak.
Tegur n naik suara marah dia.
Tersentuh hati nya. Duduk diam mengadap tablet.
Diluahkan perasaannya di "Note".
Berbunyi..
'Adik dah takde sesiapa dihati adik. Mama dah tak sayang adik'

Terkedu aku membacanya. Terus slow talk dengannya. Menangis tersedu sedan.

10:37 pm;
Dapat sms berbunyi...
'Dengan nama Allah, adik janji takkan buat lagi janji ditepati'

Alhamdulillah.. Syukur pada Allah dikurniakan anak yang sebaik Nur Ain Fatihah


Thursday, March 21

Gubahan

Sesaje test kreativiti diri sendiri.. Buatkan hantaran untuk rombongan adik ipar.
24 mac, di Marang Terengganu.

So, lihat lah hasilnya..







Thursday, March 14

Baby baru

12 mac 2013: lahir lah seorang hero untuk keluarga rosely, salah sorang abang aku.

Comel sungguh budaknya. Juga tersangat sangat baik. Diam n tak meragam.

Teruja diberi penghormatan untuk memberi nama pada baby baru ni.

Aku bersama en suami memikir nama terbaik dan akhir aku cadangkan nama Muhammad Firas Mirza. Membawa maksud anak yang baik, cerdik dan celik akal. Insha Allah.

Tak tahu lagi samada nama ni dipersetujui oleh ibu dan ayah baby ni. Cuma sekadar cadangan.

Baby... Semoga jadi anak baik dan pandai ye..



Thursday, February 28

Walking 10000 tapak

Jom berjalan. Dapatkan 10000 tapak sehari boleh menurunkan berat badan 1.5kg seminggu.
Aku dah start. Minggu ni masuk minggu kedua. Rutin pagi aku 7:15 antar ain ke sekolah then singgah park for 10000 tapak walking lebih kurang 1 jam gak.
Peluh jangan cakap lah. Basah lenjun baju n tudung...


Thursday, February 21

Pandangan pertama..

Terkenang saat pertama kali melihat Kaabah depan mata. Tersergam indah. Waktu kaki menapak turun dari tangga pintu King Abdul Aziz menuju kearahnya, airmata dah tak dapat ditahan tahan lagi.
Terlalu besar nikmat Allah kurniakan pada aku.
Aku diberi peluang menghampiriNya. Terasa diri begitu kecil, kerdil, lagi terlalu hina di sisiNya.
Doaku yang pertama, "ya Allah, aku datang dari negeri yang jauh membawa dosa yang banyak, oleh itu kau ampunkanlah dosa dosaku".



Wednesday, February 13

Mencium Hajar Aswad

13 Feb 2013;
Melalui pengalaman paling indah, mencium batu syurga.
Alhamdulillah dengan izin Allah dan bantuan 4 orang ibu ibu indonesia aku dan anak berjaya meloloskan diri diantara puluhan orang ramai mencium batu hajar aswad.
Syukur tak terhingga atas nikmatnya. Juga berpeluang sembahyang sunat 2 rakaat di hijri Ismail di bawah pancuran emas. Berdoa yang baik baik untuk aku dan seluruh ahli keluarga.

Monday, February 11

Lawatan ke luar tanah haram

8 feb 2013,
Pagi 7:30 mengikut rombongan jemaah melawat masjid Tanaim atau juga dipanggil Masjid al aisyah.
Bermiqat untuk umrah kedua.


10 feb 2013,
Pagi 7:30 keluar menghala ke Hudaibiah.
Dengan bayaran SR25 seorang, kami berpeluang melawat museum nabi.    Banyak yang dipelajari di sini. Melihat         khazanah lama zaman nabi.

      Di depan bangunan yang dikenali 
              sebagai Museum Nabi
Hanya sempat melalui bangunan tempat membuat kiswah kaabah. Terapi tak berpeluang untuk masuk.


Bangunan tempat membuat Kiswah (Kelambu Kaabah)

Dibawa melawat ladang unta. Sempat membeli 2 botol susu unta yang fresh dari ladang. Sr5 sebotol.
Akhirnya kami ke masjid hudaibiah. Tempat perjanjian hudaibiah dimeterai.
Bermiqat untuk umrah ketiga.

Ladang unta


Lokasi ladang ini hanya di tepi Highway menuju Hudaibiyah



11 feb 2013,
7:30am, kali ni kami dibawa jauh sedikit dari kota Mekah. 
Tempat pertama dikunjungi hari ini adalah jabal thur. Di puncaknya terdapat timbunan batu batu besar yang dijadikan gua tempat berlindung Rasulullah dari kafir Quraisy.
Kemudian lawatan diteruskan ke Arafah.
Disini terdapatnya jabal rahmah tempat pertemuan Adam dan Hawanya. Ramai yang mengatakan berdoa di puncaknya boleh mendapat jodoh cepat. Tapi kata ustaz yang mengiringi kami itu tidak benar sama sekali. Mendaki ke puncaknya pun tidak disuruh tapi tidak juga ditegah. 
Seterusnya kami dibawa pusing kawasan Mudzalifah dan Mina. Juga ditunjukkan bangunan tempat jamrah. Tapi sayang kami tak berkesempatan untuk singgah.
Dan kami terus ke masjid ja'rannah dimana masjid ini menjadi tempat miqat pertama nabi dan rombongan. Kami terus bermiqat untuk umrah keempat.

Puncak Jabal Thur

Di kawasan Arafah. Jabal Rahmah


Mina


Hanya sempat rakam gambar dari bas