Friday, April 24

Pening belum reda

Minggu ni dah masuk minggu ke13 pregnant. Morning sickness? Ada tetap ada tapi tak teruk mana. Muntah angin je. Cuma pening kepala makin menjadi jadi sekarang ni.. 

Mungkin effect ubat hipertensi kot. Terpaksa ambil  dopatab sebiji pagi sebiji malam sebab blood pressure tak boleh control. Jap tinggi jap rendah. Doktor risau risiko pre-eclampsia

Tambahan level kepenatan sekarang mmg teruk.  Baring, tidur, masak, makan, baring dan tidur. Itu aje aktiviti yang mampu dibuat.. Tapi nasib baik berat tak bertambah banyak. Cuma naik 1.5kg je.



Pil obimin pun dah start ambil sebulan lepas..

Syukur dengan nikmat yang Allah bagi ni.. Semoga kami dipelihara dari segala musibah..


Wednesday, April 8

Kegembiraan berganda

Alhamdulillah.. Smalam hari jadi our doter yang ke11. Dah besar anak mama. Apa hadiah kali ni? Percutian ke Langkawi dgn ✈️air asia. Dah lama tak terbang katanya..



Percutian kali ni ok la.. Nak kata best sgt tak juga tapi best la jugak. Lepak2, makan2..





 

Kali ni bawak mak mertua sekali. Biasalah kalau dah bawak org tua ni macam2 kerenah. Makan kena ikut time tak bleh lambat. Tak bleh sebarang makan nanti perut masuk angin..jalan tak bleh jauh nanti sakit lutut.. Dan macam2.
Itu pun mengeluh aje.. Ni tak betul, ni tak sedap, ni tak elok... Sabarkan ajelah...

Then utk kemuncak celebrate birthday dia, bawak pergi makan 🍱🍣 @shushi king.



Then kat situ hubby buat satu confession pada kami semua... Dup dap dup dap...
Rupanya en Suami baru saja dinaikkan pangkat. Dipindahkan ke new department dan dilantik jadi Exe kat situ. Alhamdulillah.. Allah dah rancang yang terbaik! Dapat baby, dapat rezeki baru..

Syukur pada Allah.. Harap kami terus hidup dalam kesyukuran..

🎊Tahniah buat suami tercinta dan selamat hari jadi untuk anak mama!🎊