Friday, April 8

Anak mama dah 6 bulan

Ahmad aayan dah masuk bulan ke-6 kelahiran. Cepat sungguh masa berlalu. Alhamdulillah aayan membesar dengan sihat. 
Pada usia lima bulan berat mencecah 8.6kg. 

Macam macam ragam si kenit ni..
Main air liur, menyembur, hisap jari. Semua dia cuba. Habis gugur rambut mama😅
Dan yang paling menyeramkan aayan dah pandai hisap ibu jari kaki!!
Apa maknanya tu.. Kata orang tua2 dia nak dapat adik la tu... 😆😆

Kalau betul apa salahnya kan.. Mungkin rezeki kami nak dapat sederet anak.. Kami bersyukur dengan segala kurniaan Allah..

Si kakak paling sayang dengan aayan. Tapi kakak layan adik sedikit kasar. Suka lambung2 adik. 
'Kakak kan rock' katanya..

Gambar kakak n adik semasa adik dalam pantang