Aku dan keluarga


Aku berasal dari Pahang, dilahirkan sebagai anak ketiga dari rahim ibuku, dan ketujuh dari benih ayahku.

Dibesarkan di dalam suasana kampung yang cukup mendamaikan.

Mempunyai bilangan adik beradik yang ramai suatu kebanggaan buat aku.

Bapa keturunan Tok Penghulu waris Puteri Atikah, Puteri dari Minangkabau. ( mengikut cerita daddy. Bohong daddy , berbohong lah aku )

Aku selamat mendirikan rumahtangga  pada 3 May 2003 dan alhamdullillah hidup harmoni membina keluarga sendiri..

Keluarga baruku terdiri dari aku, En suami dan puteri kami Nur Ain Fatihah..

Suamiku berasal dari kg Bota Kanan, Perak. Anak jati perak lagi...

Anak kedua dari 4 beradik. Keturunan pendidik..Dibesarkan di dalam suasana bandar di kota Ipoh dan agar kekok bila berada di kampung. (walhal kampung dia lagi ulu dari kampung aku)

Anakku dilahirkan pada 7 April 2004.jam 7:23malam di hospital besar kuala lumpur. Nur Ain Fatihah..Puteri pertama

Kami merancang untuk mempunyai sekurang kurangnya 3orang anak. (Dengan izin Allah)

Suami bekerja sebagai senior supervisor di sebuah Kilang Jepun.

Aku juga bekerja di tempat yang sama bersama suami.

Kami sering dikatakan famili sihat dan ceria kerana size badan kami yang sememangnya sihat sihat belaka.
Sebab kami suka minum susu, makan roti dan sushi.

Kami sering kemana mana bertiga. Jarang sekali aku keluar tanpa suami menemani begitu juga sebaliknya suami tak reti keluar rumah tanpa aku.

Hobi kami bertiga ni suka berjalan jalan. tak kira panas, hujan atau ribut petir kami tetap akan teruskan.

Bila cuti hujung minggu , pasti anakku akan mengajak kami bersiar siar.

Kami punya cita cita yang besar.

Ingin melihat anak anak berjaya menjadi anak soleh solehah.

Ingin memiliki sebuah banglo yang mempunyai halaman yang luas.

Suami aku suka berkebun (katanya....)

Ingin memiliki sebuah MPV yang mewah untuk aku sekeluarga pergi bercuti dengan selesa.

Dan pastinya ingin ke kota suci Makkah menunaikan Haji bersama sama.

Insyaallah.....


----update 2 Mac 2020----

Alhamdulillah setinggi2 syukur kami panjatkan kehadrat Allah swt.
Kecilnya kami, hinanya kami disisi Allah..namun Allah maha pengasih. Allah dengar doa kami. Allah angkat doa kami..

impian untuk punyai anak sekurang2nya 3 orang tercapai..alhamdulillah, subhanallah..

23 oct 2015 putera pertama lahir sihat dan comel. Ahmad Aayan Faheem..maksudnya "anugerah dari Allah yang memahami." . Lahirnya di hari Jumaat 10 muharam yg penuh barokah..Setelah hampir 9 tahun penantian..syukur..

31 jan 2017, lahir seorang lagi putera kami. Juga sihat dan comel.. Ahmad Aafi Fayyadh.. Penambah seri, pelengkap keluarga kami..






No comments: