Friday, June 15

medical check-up@ ren ai clinic

Seperti tahun tahun sebelum, lakukan check up di klinik ni di aman puri damansara.

Harap  keputusan kali ni baik dari sebelumnya...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, June 14

Malam kedua, Masih dalam trauma.. Entah mengapa kali ini begitu besar kesannya.. Perasaan takut semakin menebal. Tiada lagi rasa tenteram bila pulang ke rumah.. Yang ada cuma rasa bimbang. Nur ain demam panas. meleleh keluar darah dari hidungnya. Tersentuh hati keibuanku. Sikapnya tak seceria selalu. Berkepit sentiasa denganku. Masih tidurnya terganggu dengan igauan ngeri mungkin. Kucuba tenangkan hatinya. Ajak berjemaah bersama. Kualunkan bacaan ayat suci di telinganya.. Baru tidurnya kembali lena. Alhamdulillah.. Melihat wajah nur ain dalam tidurnya hatiku jadi sayu.. Mengapa begitu kejam dunia sekarang.. Doakan keselamatan kami sekeluarga. Moga kami dilindungiNya dari sebarang musibah. Doakan semoga kami kuat menempuh dugaan ini.. Dan dengan namamu ya ALLAH, yang tidak memudharatkan apa yang ada di langit dan dibumi, sesungguhnya Engkau maha mengetahui. Amin..ya rabbal alamin..


rosunacericeriasentiasa

Wednesday, June 13

trauma

Malam pertama selepas kejadian semalam,... Semua diam membisu melayan perasaan masing masing. Tiada lagi gurau senda anak ayah..yang ada cuma dengusan nafas bimbang Tidur anak diselang seli dengan igauan.terkadang merengek terkadang meronta. Kesian nur ain..dalam mindanya penuh ketakutan. Begitu juga tidurku. Susah untuk melelapkan mata. Dalam fikiran masih was was. Selamatkah kami malam ini..... Suami apatah lagi..sekejap bangun menjengah keluar tingkap. Pantang terdengar bunyi berdecit..terus meluru ke tingkap. Semua pintu yang ada disendal dengan almari dan meja. Termasuk pintu bilik tidur. Alarm jam diset setiap satu jam..biar kami tidur tidur ayam.. Sungguh besar dugaan Allah kali ni. Semoga kami diberi kekuatan.


rosunacericeriasentiasa

Tuesday, June 12

Musibah menimpa

Pagi ni 12-jun-2012;

Aku dikejutkan dengan kejadian rumah kami dipecah masuk...

Berderau darah bila aku nampak pintu sliding door n grill dah ternganga.

Terus aku jerit panggil sham yang baru nak mula solat subuh..

Ain keluar tergopoh gopoh dari bilik air bila dengar jeritan aku..

Aku pandang area tv, tv ada then aku toleh area computer, ada aku toleh arah handbag yang memang aku gantung pada tombol pintu...aaaaa beg aku bersepah di lantai..dompet aku hilang.....

Dompet sham pun lesap.....

Then ain datang nangis mengadu dompet dia pun hilang...siap dengan handbag dia hilang sekali...

Aku panik,..teringat beg barang kemas aku dalam handbag tu...waaaa!! Set jewelleryku dan anak.....

Aku redho...aku mengucap panjang..minta keampunanNya..

Sham turun dari tingkat atas, dengan muka panik...kenapa kenapa?

Terus dia buka lampu depan dan check sekeliling mana lah tau 'org tu' masih ada dalam umah.

Then terus sham check camera nikon nya yang baru kami beli last saturday..astarfighullah....hilang....sedihnya...

Aku masih ingat qada qadar,..mungkin Allah akan menggantikan yang hilang ini dengan ' sesuatu ' yang lebih baik...

Published with Blogger-droid v2.0.4