Monday, February 4

Hari kedua di tanah suci madinah

4 feb13,
Hari ni kami menziarah luar kota madinah.
7:30 kami keluar dari hotel. Tempat pertama persinggahan ialah masjid Quba.
Alhamdulillah dapat mengerjakan solat tahyatul masjid dan solat sunat 2 rakaat.

.

Masjid Quba, Masjid pertama yang dibina di Madinah


Lagi lagi Masjid Quba


Cuaca dingin pagi ni







Meneruskan perjalanan ke jabal Uhud.
Memberi salam pada syuhadah2 yang terkorban semasa perang uhud.antaranya Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib dan Saidina abdullah bin jahsy.

Memanjat ke puncak bukit Rumat dimana tempat beradanya pasukan memanah


Bukit Uhud membelakangkan perkuburan syuhadah perang uhud.


bukit uhud

Kemudian dibawa ke pasar kurma. Kenyang menjamah kurma nabi(ajwa) dan coklat.
Sempat memborong kurma ajwa 5 kilo untuk dibawa pulang. Juga sempat menyambar sekilo 2 coklat.

Pasar Kurma
Dalam perjalanan balik ke hotel melalui kawasan Masjid Qiblatain.(2 Kiblat). sempat snap gambar dari dalam bas saje..

Masjid Qiblatain


Lagi lagi Masjid Qiblatain

Keadaan Bandar Madinah