Wednesday, June 13

trauma

Malam pertama selepas kejadian semalam,... Semua diam membisu melayan perasaan masing masing. Tiada lagi gurau senda anak ayah..yang ada cuma dengusan nafas bimbang Tidur anak diselang seli dengan igauan.terkadang merengek terkadang meronta. Kesian nur ain..dalam mindanya penuh ketakutan. Begitu juga tidurku. Susah untuk melelapkan mata. Dalam fikiran masih was was. Selamatkah kami malam ini..... Suami apatah lagi..sekejap bangun menjengah keluar tingkap. Pantang terdengar bunyi berdecit..terus meluru ke tingkap. Semua pintu yang ada disendal dengan almari dan meja. Termasuk pintu bilik tidur. Alarm jam diset setiap satu jam..biar kami tidur tidur ayam.. Sungguh besar dugaan Allah kali ni. Semoga kami diberi kekuatan.


rosunacericeriasentiasa