Wednesday, April 18

Lutut buat hal lagi...

Entry kali nih nak story pasal lutut aku.

Memang lutut kiri aku ni pernah injured waktu aku cuba cuba menari ala ala pro dancer 14 tahun dulu.
Konon konon nak tunjuk ajar adik adik, tup tup aku yang terbungkang jatuh cam nangka busuk..hahaha
padan muka aku.

Start dari saat itu, aku dah macam "kehilangan" fungsi lutut. Berlari tak boleh, melompat apatah lagi.

dan saat ini aku menderita sakit lutut yang amat. berdenyut denyut..hari ni berdiri pun kena berpapah.
ini semua kerana kerja aku yang semakin hari semakin membebankan.

Dah pergi klinik, doctor kuarkan recommend letter to refer hospital for minor surgery..

belum buat keputusan, nak pergi hospital mana.

Seharian aku berehat di rumah..
tetiba rasa syok plak..tak perlu ke pejabat...
terpikir untuk resign.
tapi berbaloi ke kalau aku resign..?
cukup ke duit en Hubby nak menampung selera aku yang macam gajah ni..? hehehe
takpe aku sendiri cakap diri aku.. bukan orang lain..

Apa pun keputusan, aku harapkan yang terbaik untuk aku n famili..


Saturday, April 14

April oh April...

April datang lagi...,

Setiap tahun kedatangan april aku nantikan
Pada bulan ni ada beberapa peristiwa yang bakal aku raikan.
Meraikan harijadi puteri tercinta 7 april,
Dan yang lagi surprise, berdebar untuk meraikan TANGGA GAJI BARU.....

Agaknya, tahun ni berapa kenaikan yang bakal diperolehi..?
Berdoa moga sentiasa dimurahkan rezeki...

Dan April yang berlalu sekarang boleh dikatakan bulan yang penuh tekanan. Tekanan tahap gaban di tempat kerja.
Sana tensen sini tensen, masing masing muka dah jadi hitam.
Hilang segala senyum manis, yang ada cuma suara suara kasar dan merengus..
Termasuk aku, pantang jumpa kesalahan yang dilakukan, cepat aje nak melenting,,
Dulu boleh sentiasa berjenaka, bulan ini semua dahi berkerut memikir masalah yang tiada siapa pun puncanya.

Sampai bila situasi ini akan berterusan,,?
Harapan di bulan May akan bertambah mudah urusan...
Boleh aku apply CuTi PaNJaNG.....,!