Monday, May 23

Aayan tumbuh gigi

Semenjak 2 menjak ni, aayan asyik meragam. Tidur malam tak berapa nak lena. Merengek aje. Badan sedikit panas. Ruam tumbuh di leher. Rupa2 nya nak tumbuh gigi. 
Mama tak sedar pun gigi aayan dah tersembul. Kak Long yang sedar. Kat Aeon Shah Alam Kak Long perasaan ada benda putih dalam mulut adik. Jenuh di ngangakan adiknya..
Dengan excitednya panggil mama yang baru je keluar dari surau lepas solat maghrib.
Ingatkan apa, rupanya nak bagitau adik dah tumbuh gigi.



#aayandahbesar
#exciteddgnperubahanaayan

Friday, April 8

Anak mama dah 6 bulan

Ahmad aayan dah masuk bulan ke-6 kelahiran. Cepat sungguh masa berlalu. Alhamdulillah aayan membesar dengan sihat. 
Pada usia lima bulan berat mencecah 8.6kg. 

Macam macam ragam si kenit ni..
Main air liur, menyembur, hisap jari. Semua dia cuba. Habis gugur rambut mama😅
Dan yang paling menyeramkan aayan dah pandai hisap ibu jari kaki!!
Apa maknanya tu.. Kata orang tua2 dia nak dapat adik la tu... 😆😆

Kalau betul apa salahnya kan.. Mungkin rezeki kami nak dapat sederet anak.. Kami bersyukur dengan segala kurniaan Allah..

Si kakak paling sayang dengan aayan. Tapi kakak layan adik sedikit kasar. Suka lambung2 adik. 
'Kakak kan rock' katanya..

Gambar kakak n adik semasa adik dalam pantang