Monday, July 11

Jumpa gynae buat kali pertama utk kandungan kali ni

4 Julai 16, Ipoh

Balik kampung. Seronok. Mood raya dah datang..
Perut masih tak sedap.. Rasa nak muntah tak hilang lagi. Smalam terpaksa berbuka puasa lagi. 2 kali muntah dalam keta.
Sampai kampung terus beritahu mil pasal kandungan ni. Terkujat le apalagi..tak sangka katanya.

Pastu tak abih abih mil suruh pegi check gynae. Katanya tak elok menyusukan baby kalau dah pregnen.

So, kami ke Klinik Pakar Raofah di silibin. 
Lama tunggu dekat2 2 jam baru dapat jumpa pakar. 

Then dr Raofah terus scan perut dan nampak la baby comel dalam rahim. Suami yang lebih teruja.


Dr sahkan keadaan baby semua ok. Takde masalah. Parut ceaser pun ok katanya. 
Dan bab menyusu dr Raofah kata boleh continue selagi tak rasa sakit cam sengugut. Cuma takut maknya letih la kebanyakan ibu preggy stop bf baby.
 Tu lah kesian Aayan. Tak tergamak nk stop bf. Sampai ari ni masih lagi menyusu cuma tidak sekerap dulu.


Thursday, June 30

Nikmat Allah perlu disyukuri

30 Jun 2016    11:50am

 Seseminggu ni asyik tak sedap perut je. Kejap kembung kejap senak. Mungkin makan tak ikut jadual agaknya. Maklumlah bulan puasa kan..

 Tapi smalam makin teruk rasa badan ni. Melayang2 je waktu solat subuh. Lepas abih solat terus muntah. Muntah lendir campur darah. Mungkin tekak berdarah sbb kering tido direct bawah kipas.

 Pening tak hilang2 sampai tghari. Terpaksa berbuka puasa sebab dah tak tahan rasa nak muntah. Tambah lagi hero kecik ni asyik nk menyusu je.. 

 Dan sekarang bila aayan menyusu, rasa ngilu je.. Perut bergelodak rasa nk muntah semua ada..

 Perasaan kuat mengatakan aku pregnen lagi. So, pagi ni amik strip upt yang berbaki selai tu, test n the result is "+"
Alhamdulillah rezeki kami lagi. 

      Terang benderang double line

 Syukur pada Allah. Tapi dalam pada tu, sedikit risau. Parut ceaser hari tu baru je 8 bulan. Dah ok ke ye..Tapi yakin dengan ketentuan Allah. Allah tahu yang terbaik buat umatNya.  

 Dah inform en Suami. Dia apalagi.. Happy saje la.. Mmg itu yang diharap2 kan.. 

Doa pada Allah semoga dipermudahkan segala urusan kami dunia akhirat. Amin..