Wednesday, June 13

trauma

Malam pertama selepas kejadian semalam,... Semua diam membisu melayan perasaan masing masing. Tiada lagi gurau senda anak ayah..yang ada cuma dengusan nafas bimbang Tidur anak diselang seli dengan igauan.terkadang merengek terkadang meronta. Kesian nur ain..dalam mindanya penuh ketakutan. Begitu juga tidurku. Susah untuk melelapkan mata. Dalam fikiran masih was was. Selamatkah kami malam ini..... Suami apatah lagi..sekejap bangun menjengah keluar tingkap. Pantang terdengar bunyi berdecit..terus meluru ke tingkap. Semua pintu yang ada disendal dengan almari dan meja. Termasuk pintu bilik tidur. Alarm jam diset setiap satu jam..biar kami tidur tidur ayam.. Sungguh besar dugaan Allah kali ni. Semoga kami diberi kekuatan.


rosunacericeriasentiasa

Tuesday, June 12

Musibah menimpa

Pagi ni 12-jun-2012;

Aku dikejutkan dengan kejadian rumah kami dipecah masuk...

Berderau darah bila aku nampak pintu sliding door n grill dah ternganga.

Terus aku jerit panggil sham yang baru nak mula solat subuh..

Ain keluar tergopoh gopoh dari bilik air bila dengar jeritan aku..

Aku pandang area tv, tv ada then aku toleh area computer, ada aku toleh arah handbag yang memang aku gantung pada tombol pintu...aaaaa beg aku bersepah di lantai..dompet aku hilang.....

Dompet sham pun lesap.....

Then ain datang nangis mengadu dompet dia pun hilang...siap dengan handbag dia hilang sekali...

Aku panik,..teringat beg barang kemas aku dalam handbag tu...waaaa!! Set jewelleryku dan anak.....

Aku redho...aku mengucap panjang..minta keampunanNya..

Sham turun dari tingkat atas, dengan muka panik...kenapa kenapa?

Terus dia buka lampu depan dan check sekeliling mana lah tau 'org tu' masih ada dalam umah.

Then terus sham check camera nikon nya yang baru kami beli last saturday..astarfighullah....hilang....sedihnya...

Aku masih ingat qada qadar,..mungkin Allah akan menggantikan yang hilang ini dengan ' sesuatu ' yang lebih baik...

Published with Blogger-droid v2.0.4