Malam kedua,
Masih dalam trauma..
Entah mengapa kali ini begitu besar kesannya..
Perasaan takut semakin menebal.
Tiada lagi rasa tenteram bila pulang ke rumah..
Yang ada cuma rasa bimbang.
Nur ain demam panas. meleleh keluar darah dari hidungnya. Tersentuh hati keibuanku. Sikapnya tak seceria selalu. Berkepit sentiasa denganku. Masih tidurnya terganggu dengan igauan ngeri mungkin.
Kucuba tenangkan hatinya. Ajak berjemaah bersama. Kualunkan bacaan ayat suci di telinganya.. Baru tidurnya kembali lena.
Alhamdulillah.. Melihat wajah nur ain dalam tidurnya hatiku jadi sayu..
Mengapa begitu kejam dunia sekarang..
Doakan keselamatan kami sekeluarga. Moga kami dilindungiNya dari sebarang musibah.
Doakan semoga kami kuat menempuh dugaan ini..
Dan dengan namamu ya ALLAH, yang tidak memudharatkan apa yang ada di langit dan dibumi, sesungguhnya Engkau maha mengetahui.
Amin..ya rabbal alamin..
rosunacericeriasentiasa
Thursday, June 14
Wednesday, June 13
trauma
Malam pertama selepas kejadian semalam,...
Semua diam membisu melayan perasaan masing masing.
Tiada lagi gurau senda anak ayah..yang ada cuma dengusan nafas bimbang
Tidur anak diselang seli dengan igauan.terkadang merengek terkadang meronta.
Kesian nur ain..dalam mindanya penuh ketakutan.
Begitu juga tidurku. Susah untuk melelapkan mata. Dalam fikiran masih was was.
Selamatkah kami malam ini.....
Suami apatah lagi..sekejap bangun menjengah keluar tingkap. Pantang terdengar bunyi berdecit..terus meluru ke tingkap.
Semua pintu yang ada disendal dengan almari dan meja. Termasuk pintu bilik tidur.
Alarm jam diset setiap satu jam..biar kami tidur tidur ayam..
Sungguh besar dugaan Allah kali ni. Semoga kami diberi kekuatan.
rosunacericeriasentiasa
rosunacericeriasentiasa
Subscribe to:
Posts (Atom)