Tuesday, June 4

Penat..

Penat badan, penat otak dan penat jiwa.
Itu yang tepat aku gambarkan untuk diri aku sekarang.

Mana taknya penat badan ulang alik dari rumah ke terengganu, ipoh, temerloh, ipoh, dan maybe next week ke segamat pula.

Ini semuanya kerana majlis pernikahan adik aku serentak dengan majlis adik ipar aku. 

Kenapa la mereka memilih tarikh yang hampir hampir. 😟

Penat otak pula apabila memikirkan macam macam persediaan yang perlu aku lakukan untuk menjayakan majlis ni.
Mana taknya aku antara orang kuat kedua dua pihak. Penat juga otak ni memikirkan budget duit yang perlu aku korbankan.$$

Dan yang paling sakit, jiwa aku. Penat jiwa aku melayan karenah keluarga aku waktu berlangsungnya majlis dirumah aku.
Bukan nak buka pekung didada. Tapi menjadikannya iktibar. Sedih melihat pergolakan yang berlaku.Kakak dan abang aku semakin tidak punya sifat kemanusiaan. Sudah tidak pandai menjaga hati orang sekeliling lebih lebih lagi saudara mara.
Bercakap ikut sedap mulut tanpa memikirkan ada hati terluka.

Hati aku juga terluka. Terguris dan tercalar. Demi mengenangkan talian persaudaraan yang utuh, aku lupakan segala yang berlaku. Tapi mampukah orang lain melupakan semuanya?

Semoga Allah memberi hidayah kepada  mereka. Agar tahu menjaga percakapan dan tingkah laku.

Agar terus berada dijalan lurus yang sama sekali tidak menyekutukan Allah yang satu.
Amiin...

Friday, May 24

Dugaan dan kejutan di pagi hari

Hari ni 24 May, harijadi aku yang ke 35.
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk terus bernafas dibumi Allah ini.

Pagi jam 2, merancang perjalanan ke Kuala Terengganu mengikuti rombongan pengantin adik ipar.

Mula mula perasan minyak kereta dah menyala. Aiseh semalam lupa nak isi minyak la pulak.
Ok masih boleh gerak min 60 km lagi

Then masukkan barang dan start enjin.
Alamak! Tak mau start lak. Relaks, jangan panik. Cuba lagi dan lagi. Masih tak boleh hidup. Terduduk sat nak jumper kereta lagi satu baru aje kena pinjam semalam. 

So ambil keputusan masuk semula kedalam rumah. Beristifar banyak banyak mintak pertolongan Allah.

Tiba tiba terdengar bunyi kereta kat luar. Ada orang walaupun pada pukul 2:30 pagi.

Jiran sebelah baru balik. Apalagi bergegas keluar minta pertolongan. Alhamdulillah dengan izin Allah berjaya menghidupkan kereta.

Sesungguhnya sentiasa bersangka baik pada Allah.

Lagi membuatkan hati berbunga bunga dapat lagi kejutan dari en Suami. Ucapan birthday disertai sebentuk buah rantai berbentuk double heart sebagai hadiah harijadi.

        "Hatimu sentiasa di dalam hatiku"

Terima kasih Abang. Always love you... 💚💙💕