Friday, April 25

Ain pergi Camp

 Ari ni buat pertama kalinya Nur Ain join perkhemahan peringkat sekolah.
 Banyak juga persiapan yang perlu dilakukan. Biasalah, anak relaks je tak pikir apa apa tapi mamanya seminggu sebelum dah pening otak. 
 Mana nak cari camping beg, sleeping bag, torch light dll...
 Akhirnya atas ehsan sepupu Ain, dapat pinjam semuanya..dia baru balik dari camp juga..
 Hari yang ditunggu dtg juga. Baru nampak Nur Ain seperti sedikit gelisah. Bila ditanya, gementar katanya... 
Haha ingatkan langsung takde perasaan apa apa..
 Nampak jelas wajah 'excited' nya.. 1 jam awal dah disuruh hantar ke sekolah..
 Di kantin sekolah, ramai peserta camping dah sedia menunggu. Masing masing dengan bag yang berbagai rupa. Ada yang tarik, ada yang sandang, ada juga yang jinjing..
 Yang seronoknya, masing masing semua 'show off' brg kepunyaan sendiri.
"pinggan aku warna hijau"
"baldi aku kecil aje"
"aku bawa torch light begini,.. begini,.. dan begini...
" ala.. terlupa nak bawa selimut.. Takpe aku nak telepon mama aku suruh hantar"

Hai anak, anak.. sememangnya kamu dilahirkan untuk tidak punya masalah.
 Bila kamu menghadapi kesulitan, pasti kamu serahkan segala kepada orang tuamu..

Termasuklah Nur Ain, baginya semua mudah, senang dan selamat...
 

Monday, April 7

Batas pergaulan

Salam pagi Isnin. Pagi ni terbaca   status FACEBOOK 'InDaHnYa berPurdah' mengenai ikhtilat. 


      Sangat sangat setuju, antara lelaki dan perempuan tiada istilah kawan baik. Dan berkawan pun tidak boleh hanya berdua. Mesti dalam kelompok yang ramai.
        Pasti jika masing masing sudah saling bertaut mengharap satu sama lain, salah sorang pasti akan jatuh cinta. Dan akhirnya merosakkan hubungan persahabatan jika hanya bertepuk sebelah tangan.


Mari kita pastikan anak anak kita , adik adik kita, sentiasa menjaga batas pergaulan. ❤️