Friday, April 8

Anak mama dah 6 bulan

Ahmad aayan dah masuk bulan ke-6 kelahiran. Cepat sungguh masa berlalu. Alhamdulillah aayan membesar dengan sihat. 
Pada usia lima bulan berat mencecah 8.6kg. 

Macam macam ragam si kenit ni..
Main air liur, menyembur, hisap jari. Semua dia cuba. Habis gugur rambut mama😅
Dan yang paling menyeramkan aayan dah pandai hisap ibu jari kaki!!
Apa maknanya tu.. Kata orang tua2 dia nak dapat adik la tu... 😆😆

Kalau betul apa salahnya kan.. Mungkin rezeki kami nak dapat sederet anak.. Kami bersyukur dengan segala kurniaan Allah..

Si kakak paling sayang dengan aayan. Tapi kakak layan adik sedikit kasar. Suka lambung2 adik. 
'Kakak kan rock' katanya..

Gambar kakak n adik semasa adik dalam pantang


Friday, November 6

Baby mama..


Alhamdulillah.. Dah selamat melahirkan 15 hari lepas.

Baby n mama selamat walaupun melalui detik detik mencemaskan di bilik bersalin.
Baby hampir lemas nasib pihak hospital segera bertindak dan mama dibius penuh untuk jalani pembedahan.

Sedar sedar selepas 3 jam dibedah, baru dipindah ke wad dan baru dapat berjumpa anak syurga mama.


Baby boy dengan berat 3.37kg, selamat dikeluarkan dari rahim mama jam 2:39petang jumaat 10 Muharram yang mulia.

Dengan berkat hari mulia baby mama diberi nama Ahmad Aayan Faheem. Nama Aayan yang membawa maksud anugerah Allah. 

"Ahmad Aayan Faheem....
Aayan : anugerah dari Allah.
Anugerah yg istimewa dariNya adalah wajar turun pada hari yg istimewa juga...Jumaat penghulu hari.
Disebalik tiap sesuatu ada hikmahnya. Maha Suci Tuhan yang Maha Halus perancangannya.
Bersangka baik kita padaNya dan bersyukur selalu." 
Mutiara kata dari en Asben disaat menanti jalan buka untuk kelahiran aayan.

Saat pertama kali menatap wajah aayan

               Aayan di hari ke2
   Senyuman yang menghilangkan segala  kesakitan mama