Monday, March 2

Lama sungguh dah tak mencoret.. rasa kekok pula..macamana nak mulakan pun tak tahu .

Hati terlalu rindu untuk menulis. Bercerita sesuatu, lebih kepada meluah..terlalu banyak yang nak diluah..

Dek kerana terlalu sibuk, sibuk dengan urusan sekolah anak2, urusan perihal rumah, urusan kewangan keluarga, kesihatan anak2, mak mertua dan diri sendiri langsung tiada kesempatan menjengah ke sini.

Pagi ni, setelah selesai membelek tanaman di kebunku nan sejengkal, baru ada masa.. dan elok pulak si Aafi pagi ni.. main sorang2 tak tak dipedulinya aku kat sini..




Aayan dah masuk sekolah. Taska Pasti Al-Helmi. taska tepi rumah ni saja.. Senang pagi2 jalan kaki hantar sambil2 boleh keluarkan peluh.

Dan kakak Ain dah di tingkatan 4. Sek Men Seri Kundang (Skuses). Hari2 kena jadi supir ambil kakak balik sekolah. Terpaksa hantar kakak sekolah jauh sikit dari rumah demi masa depan kakak yang lebih baik. Kakak tak dapat sambung ke kelas Sains di sekolah lama.. Jadi ambil inisiatif cari sekolah yang terima Nur Ain di kelas Sains.
Alhamdulillah Skuses boleh terima kakak berdasarkan keputusan pt3 kakak yang agak kurang baik tempoh hari.

Saturday, October 20

Cerita hero2 mama

Sedar tak sedar je dah besar hero hero mama ni.. 

   Ahmad Aayan Faheem dah masuk 3tahun. 



   Ahmad Aafi Fayyadh sudah 1 tahun 9    bulan.

Masing masing semua nak tunjuk hero. Pening kepala mama dibuatnya. Hari hari kalau tak gaduh tak sah. Ada aje yang nak direbutkan.
Rebut robot rebut kereta rebut bantal reput seluar pun ada..




Si adik tak boleh langsung tengok abang lebih skit.. mula lah merampas dari abang.. mula mula abang mengalah la jugak.. tapi sebab dah terlampau sangat abg pun dah naik angin. Mengamuk la apalagi.. jenuh mama nak redakan. Dua dua meraung macam nak rak..



Tapi bila time baik tu.. molek ake duduk bergurau sama sama sambil gelak berdekah dekah.. alahai la anak. Itulah seronoknya jadi budak budak.

  Sekali sekala bawak main taman kat luar..